Translate

Friday 21 December 2012

Imaginasi

Sebab
Pandangan zahir seakan kelam disedut masa apabila otak menjalankan peranan mewujudkan gambaran yang keluasannya terbatas seperti mata memandang secara fizikal.

Imaginasi adalah tempat yang direka sama ada gambaran dari mimpi yang hidup setelah bangun dari tidur mahupun sesuatu ketakutan yang dijalani bermain-main di minda, memori yang sentiasa hidup dalam otak. Mungkin sahaja gambaran kesukaan  yang  pernah dialami sukar ditinggalkan dari kotak memori.

Kesayanganku semakin jauh dengan sikap sibuk dengan dunia akhir tahun, satu kebiasaan untuk sesiapa yang pernah menetap di lubuk hati. Bukanlah sesuatu yang mudah apabila jauh dan bertahan selama setahun, pelbagai rintangan yang harus dilalui. Cekal dan bersabar saat ALLAH beri hidayah rindu.

Lelah dengan kerja tertunggak, basuh bilik mandi, lipat baju, kemas bilik merangkumi tingkap, solotap plastik katil yang sudah terkoyak, kemas rumah merangkumi ruang tamu, lap kabinet dan televisyen. Jahanamkan segala cicak yang membuang kumbahan merata-rata. Kerja yang tertunggak gara-gara tidur yang selalu terganggu di malam hari. Malamku adalah siang, siangku adalah malam yang melenakan. Perkara wajib di bawa tunggangan lari. 

Packing barang sebagai perantau tegar tahun depan. Semuanya tertunggak gara-gara insomnia yang memakan setiap detik masa dan igauan di malam hari. Setiap cerita yang dibaca menjadi otak semakin tepu, semakin berat dan padat dengan maklumat. Memori otak semakin luput tarikhnya, setiap satu harus disenaraikan agar tiada yang tertinggal. Suara perlian menyentap hati pada siang yang padat  tetapi apakan daya insomnia penyebab keterbatasan pada tenaga.

Akibat
Kadar insomnia semakin berlarutan dengan bayangan otak berfungsi bertubi-tubi memakan keenakkan tidur. Insomnia sesuatu yang melelahkan apabila hanya berpura-pura tidur. Imaginasi tetap hidup dan setiap detik insomnia adalah kebaziran waktu yang sememangnya menyempitkan jiwa.

Asid hidroklorik cair mencengkam setiap penjuru perut apabila tiba pada masanya. Hidup berjadual selama 3 tahun, masakan boleh berubah tebiat ini seminggu dua. Terfikir saat duduk sekarang dan keberadaan semasa menjadi buruh kasar, jika diberi jam masa,  aku seakan tidak mahu menjadi seperti itu lagi, serik bekerja dalam keadaan kerja yang bertimbun dan di bawah tekanan yang tinggi. Apa yang diimpikan memang rezeki mencurah-curah dari langit, pengorbanan yang besar menjadikan aku tidak seperti orang lain yang mempunyai teman tiba waktu rehat. Konsentrasi pada kerja sehingga mengabaikan soal makan. Terkejar dengan 3 macam perkara dalam masa 2 jam menjadikan badanku tidak dihinggapi lemak.

Biskut beras, maggi goreng cili lazat, biskut conflakes, roti gandum gardenia, biskut lexus perisa kacang tanah, wafer thins, air nescafe susu anlene bercampur madu atau apa-apa sahaja yang ada di dapur akan disumbat untuk mengisi sementara menunggu siang. Sambal ringkas hanya ada perencah bawang di dalam bungkusan nasi lemak air tangan mak cik Nafisah benar-benar menjadikan sarapan pagi yang indah dan menggembirakan.

Memori ayah tidak dapat mempelajari sesuatu perkara baru, itu bukan kesilapan ayah. Saatnya telah tiba sebagai pesara dan hari-harinya bukanlah semakin muda. Insomnia menjadikan aku seorang pembaran kerana seawal 8 pagi ke atas, banyak tugasan yang perlu dilakukan. Tekanan menjadikan pesimis memikirkan keberadaan di tempat kerja lama adalah lebih baik. Astaghfirullahhalazim...

Setiap tugas terganggu kerana ayah seakan-akan menguji dengan menyuruh melakukan apa pun yang mampu dilakukan.  Dahulu, masa sekolah rendah, kebanggaan aku pada ayah dengan bahasa inggeris yang berterabur menyiapkan setiap kerja sekolah. Kini, aturan dvd player tidak mampu dia mainkan lagi. Pemikiran positif dengan mengambil imbal dan balik atas apa yang terjadi. Separa positif menjadikan kewarasan menjadi nombor dua. Hari ayah telah tiba, bagaimana saat warga emasku nanti?

Ayah yang harus dihormati walaupun memberi sedikit bibit-bibit tekanan sepanjang perjalanan pagi yang menjadi tidak indah. Terkenang ketika banyak yang tidak dapat dilakukan untuk arwah nenek menjadikan air mata penyesalan tidak memberi sebarang makna. Sabar dengan sikap ayah. Tidak mahu tragedi arwah nenek berulang kepada ayahku pula. Dialah hanya seorang ayahku..

Bismillahhirrahmanirrahim....

Langkah penyelesaian
Membaca bukanlah satu penyelesaian untuk menimbulkan rasa mengantuk.

Perlakuan yang baik-baik untuk skop pengetahuan sendiri. Pengetahuan yang menggusarkan umat  harus diselesaikan dan diuar-uarkan.

Hentikannya dengan bertitik pada penulisan.

Lega dan mata mulai terkatup. Keberadaan otak semakin luas dan besar, maka hidup tidak dibebani dengan  maklumat yang bertubi-tubi masuk ke dalam otak.

Esok hari Jumaat dan hari baru untuk otak. Ini barulah "Have a nice day".

Bunyi-bunyi alam sayup kedengaran.

Mohon dipermudahkan dan dijauhkan dari malapetaka. Apa yang dirasakan dan sensitif akan tindak balas adalah untuk kesejahteraan kamu. Apa yang kita fikir dan rasa adalah sama cuma tindakan kita bertindak balas itulah yang berbeza dan mencirikan sifat sebenar.




"Terima kasih membaca"

Sunday 16 December 2012

Kualiti

Setelah terbitnya fajar, sebelum matahari bangkit dari hamparan fajar, berdiri memakai serban mengorak langkah seribu ke masjid, satu dentuman gong mengetuk ke dalam hati secara menegak sebanyak beberapa kali, menyiram air yang jernih ke dalam setiap hati seorang hamba di atas tikar sejadah yang menadah dan menekup tangan ke wajah tanda kemaafan dan keinsafan dari kebangkitan menggelupur dosa berkati-kati.

Setiap berita kematian membawa satu imaginasi bidadari yang lemah gemalai menyanyikan irama membawa jiwa kematian ke alam lain yang serba kelam dan menyesakkan jiwa. Alam yang penuh terpinga-pinga tanpa arah tujuan dan perjalanan tanpa penghujung jalan.


Kualiti yang dicari, usaha keras si cencorot yang menerjah meraban-raban ke hadapan, atau kualiti dan usaha keras bergabung rapat untuk mewujudkan sesuatu yang luar biasa menonjolkan sesiapa sahaja yang berfikiran bercabang dengan izin Lailahaillallah...

Apa yang dirasakan, apa yang dilakukan jika tidak bertitik pada penulisan, maka tiada kepuasan akan dicapai. Lega, puas dan otak akan menyimpan setiap memori yang bertitik ke dalam kotak memori berpagar. Setiap memori tersembur keluar mencurah-curah dari otak setelah pegun dan beku sekian lama apabila setiap pancaindera merasa tindak balas.

Kadang kala, kualiti harus dipilih untuk menyembur setiap peristiwa menjadi kata-kata, bijak menyesuaikan lontaran kata-kata dengan keadaan. Jika setiap jalan kata-kata itu tidak bertempat ke garisan yang lurus dan penuh kualiti, setiap bibit-bibit dengki dan bongkak menular kepada jiwa yang sentiasa mahu menang, belum kenal jiwa dalam diri sepenuhnya. Rumit untuk menyesuaikan kata-kata dengan keadaan, diam adalah penyelesaian terbaik beriringan dengan doa berterusan. Doa berselang seli dengan taman-taman syurga. Islam menyarankan lebih banyak diam, rendahkan pandangan dan berkata yang perlu sahaja. Perlu dalam kategori berkualiti.

"Terima kasih membaca"

Saturday 8 December 2012

Patriotik

TERIMA KASIH MALAYSIA


SATU MALAYSIA

1MALAYSIA FOR YOUTH (1M4U)

Gambaran angan-angan kaca bangunan berwarna biru kehijauan simbol kejayaan dan kemegahan dari setiap perih susah payah hidup bergelumang tanah lumpur berbau menjadi insan berkolar putih, berbaju kot gaya kekayaan.

Setiap jiwa normal bersemangat patriotik, sentiasa sedar untung diri, menanam sedalam-dalamnya ke dalam akar umbi akal, melakar parut tidak akan hilang dalam setiap rasa dalam dada agar tragedi jajahan tidak berulang.

Kepentingan diri, gaya meniru yang terhandal tanpa menyelidik tindakan sekarang membawa punah sesuatu bangsa.

Tiada sebarang erti jika rasa terharu dan titisan air mata cintakan negara belum melekat dalam jiwa kerohanian.

Lakukan untuk orang lain, anak-anak kita yang perjalanan masih panjang. Kebaikan dan kesenangan berbalik kepada "Kita".

Sedarlah wahai "Kita".

"Terima kasih membaca"

Thursday 15 November 2012

Kesempatan ini

Menggoreng kelapa goreng memerlukan kesabaran yang tinggi. Apinya perlahan dan disodoknya bontot kuali besi sehingga tiada yang hangit. Peluh menyimbah bumi.

Kesabaran dan sifat terus terang yang tulus adalah wajar untuk setiap jiwa yang perlukan ketenangan di waktu yang gering.

Sama ada pilihan hati kering bagaikan tembok sekebal binaan Zulkarnain ataupun seseorang yang memang sedang dalam perubahan.

Beri peluang kepada yang ada sedia menghulur tangan yang berbekas sisa-sisa darah.

Bauan bunga kemboja masih menusuk dalam.

Aku telah pergi sejauh perjalanan ini, tidak lama beberapa tahun mendatang ajal tetap akan tiba. Setiap yang pergi tiada memberi sebarang khabar. Warkah khabar bahagia dari sana. Tersentak sendirian mendengar berita kematian. Aku kirimkan warkah teragung untuk kebahagiaanmu. InsyaALLAH, kita ditemukan dengan perjanjian nanti.

Tunggu aku sahabat...

"Terima kasih membaca"

Wednesday 14 November 2012

Diam

Saat yang ditunggu-tunggu tidak lama sahaja lagi. Hanya sekejap. Aku hanya mampu diam. Diam menunggu jawapan dari mendatang. Pada pandangan kamu, kenyataan adalah kecil. Bagi yang telah merasa betapa susah, jatuh tersungkur, hina dan dina akan merasa "besar". Itulah yang mahal. Nilainya. Kualitinya.

Saat tiba, setiap kenyataan yang tersembur keluar bagaikan ledakan supernova cukup untuk menutup mulut mereka. Menyumbat sedalam mungkin ke dalam kerongkong mereka agar mereka diam, terkejut menelopong akan kenyataan yang dipandang remeh dan kecil.

Sahaja aku membiarkan mereka dalam dilema. Belajar bagaimana untuk bangkit menggapai langit setelah bibir bengkak berdarah jatuh tersungkur membaham tanah hitam.

ALLAH MAHA BERKUASA, ditunjukNYA setiap keremehan dan kekerdilan pandangan kamu kepada mereka mustahil dan luar biasa menjadi nyata. Itulah hidup.

ALLAH menentukan setiap takdir, mereka mengadili dengan mencincang setiap jiwa murni yang mahu bangkit. Mengapa kita begitu zalim?



"Terima kasih membaca"

Sunday 2 September 2012

MERDEKA!

Dulu, saat kematangan belum menguasai diri, sebelum tahu dan faham benar apa yang didambakan dan diimpikan, kamu tidak akan faham kemerdekaan sebenar dalam diri kamu. Punyai jiwa untuk jadi apa. Apa yang aku belajar selama berdekad-dekad, sambutan kemerdekaan adalah perbarisan penuh warna-warni dengan kakitangan berkolar putih yang menjadi kebanggaan negara dan diri mereka sendiri.

Seiringan dengan kanak-kanak dan para belia yang melompat-lompat Skyrunner, mengobarkan semangat keriangan yang tidak terhingga dalam diri betapa boleh lompat tinggi mencecah langit di hadapan barisan para pentadbir yang mengekalkan dan memajukan Malaysia.

Bagaimana kamu menyambutnya dengan kebanggaan? Lihat jiran kita sendiri Indonesia, apabila tiba waktu kemerdekaan, dengan megah dan bangganya mengenakan busana berwarna merah dan putih sahaja walau di mana mereka berada, tetap bangga dengan apa yang dia ada walaupun latar belakang penuh dengan liku-liku kemiskinan tegar.

Apa yang cuba disampaikan. Kesusahan membuatkan kamu tahu untuk menghargai dan mensyukuri tanpa perlu rasa malu menjadi bangsa Malaysia yang banyak mencalarkan negara itu sendiri dengan perbezaan  hubungan sosial mengikut peringkat usia. Kesusahan hidup mengajar kamu menjadi bangsa merdeka.

Menghargai dan mensyukuri setiap darah dan titik peluh yang tertumpah oleh nenek moyang kita. Mendalami dan menjiwai setiap keringat mereka ditambah dengan kesusahan hidup yang dialami kini menjadikan kita lebih bersyukur meraikan kemerdekaan tanpa perlu melawan penjajah.

Air mata yang tertumpah apabila melihat perbarisan penuh warna-warni, baru tahun ini dapat meratap sendiri apa sudah jadi dengan Malaysia. Membuat pelbagai alasan saban tahun kesibukan penyebab tidak dapat meraikan dengan hanya melihat dan menggambarkan sahaja. Adalah lebih baik disarankan apa perlu dibuat pada hari kemerdekaan? 

Memenuhi ruang-ruang media televisyen dan hubungan sosial dengan rancangan dan cerita para-para pejuang kemerdekaan dihubungkaitkan dengan apa yang para belia mahukan dapat membantu. Seperti belia mahukan perhatian dan kasih sayang dengan melayari ruangan hubungan sosial berjam-jam lamanya untuk berteman, terapkan nilai kasih sayang dengan perjuangan terdahulu. Belia penggerak bangsa!





"Terima kasih membaca"

Thursday 23 August 2012

Menempuh

Jari menari-nari dalam hati memainkan mood lagu ketika itu, terus terang lebih baik dari memendam sesuatu yang menyakitkan hati, punya banyak alasan, sangkaan menuduh walaupun apa yang dikatakan satu kebenaran. ALLAH tarik kasih sayang seseorang yang disayangi, ALLAH beri berapa ramai teman yang sanggup mendengar setiap luahan hati. Ketika menangis, membuat lawak bodoh agar sinar kegembiraan muncul pada raut wajah. Alhamdulillah.

Betapa kuat harus ditempuh ketika seorang diri tanpa sesiapa. Sibuk membaca, menghabiskan masa pada buku-buku motivasi yang menaikkan semangat hidup, popular bookstore, popular kad, menolong ibu bapa, hadirnya inspirasi, melodi yang muncul bagai drama kehidupan, syukur alhamdulillah bukannya berseorangan, hak memilih jalan sendiri untuk jadi apa. Hargai diri saat orang yang benar-benar cinta tidak menghargai lagi. Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan pada mainan hati yang meremehkan. Peringatan untuk semua, harus kuat menempuhi jalan-jalan berliku saat bersendirian, bertakafur bermuhasabah diri tanpa orang disekelilingmu. Hanya ALLAH.

Mohon doa kalian dan semuslim.

"Terima kasih membaca"

Tuesday 21 August 2012

KITA

Perbarisan pokok yang menerjah dan cuba untuk menakut-nakutkan si jalanan. Apa harus berpaling atau berdepan sahaja untuk tampil berani. Berani menunjuk mempunyai semua. Tepukan gemuruh jika ketrampilan menarik tanpa riak.

Sebuah teguran dianggap cemburu dan melelahkan. Dibiarkan adakah bersubahat? Merasa baik sudah cukup menunjukkan sifat apa. Meninggalkan persoalan boleh jadi mengambil masa seketika untuk berfikir atau sudah tahu jawapannya. Kita semua hadapi dan cukup faham. Sembunyi akan kebaikan adalah lebih baik. Haruskah disalahkan didikan? Setiap ibu bapa telah memberi yang terbaik untuk anak-anaknya, acuan yang dibentuk sudah cukup sebati. Hati yang menunjukkan kamu siapa. Tiada harus disalahkan sesiapa, hati dipilih untuk jadi apa. Hidayah milik ALLAH, susah nak cakap, diberi kepada yang dikehendakiNYA sahaja.

Jangan jadi prajudis, enteng melihat si dia penjahat, fikir diri sendiri adalah yang terbaik. Jadi pembohong menipu diri sendiri. Takut menghadapi kebenaran. Ok, kebenaran mempunyai penyakit hati. Sampai bila harus berdiam diri, takut mengaku perihal sebenar. Skop yang dilihat menjadi semakin kecil. Skop ditutupi dosa-dosa.

Tahukan di saat memandang dan menceritakan apa yang ada, orang lain tidak ada, telah banyak penipuan yang pembohongan besar yang menelan kamu hidup-hidup. Si kafir telah merancang untuk menghisap darah kamu sehingga ke rangka rusuk tanpa berbekas. Betapa liciknya mereka. Perbezaan apa yang ada dan tidak ada menimbulkan selisih faham yang menjatuhkan kita semuslim. KITA.

Media-media barat telah mempengaruhi kita, tanpa teknologi canggih, kita tidak boleh hidup. Rancangan dan sumber media banyak menipu dan terus menipu. Kita tetap asyik dan tidak tahu mana hala tuju yang sebenar kemudiannya. Peringatan untuk KITA.

"Terima kasih membaca"

Sunday 10 June 2012

Usaha dasar kebesaran ALLAH

Apabila spesifikasi dituntut,  berkebolehan tetapi ralat paralaks sering terjadi kerana kekerapan menggunakan bahan sehingga menjadikannya tidak stabil. Lain pula dengan spesifikasi dipenuhi selengkapnya, tetapi ada sahaja gangguan pembolehubah dimanipulasikan menjadikan bacaan tidak tepat.

Apa yang dilakukan dengan tiada kajian menyeluruh membazirkan masa dengan kesedihan yang terpilih. Boleh mencuba, punya ruang tetapi kekuatan dalaman dikerah sepenuhnya, maka tiada terpilih.

Hati-hati dengan pilihan, begitu juga dengan kehidupan, dia mengherdik, bersikaplah acuh tak acuh, InsyaALLAH, keadaan itu menyelamatkan.

Tiada berharap, jelaskan tekad dan pengharapan kepada ALLAH semata-mata. InsyaALLAH, ALLAH bagi mudah.

Pilih pemandangan langit yang hidup. Hidup dengan kehidupan di sisinya, tenunglah sedalam-dalamnya, akan menampakkan kehidupan. Ada jambatan, ada lautan dan pulau. Larikan sisi mata, semua pemandangan yang terlihat berakhir. Pandang di sisi lain pula. Hanya yang nampak, kehidupan. Hati menjadi terlonjak ke langit. Melihat betapa besarnya kuasa ALLAH, betapa kecilnya kamu.

Setelah memandang ke langit, alihkan pandangan ke bumi berselang seli. Maka, kebahagiaan melihat langit, kekusutan melihat bumi. Seiring merasai kefanaan dunia. Secara tidak langsung, akan memahami maksud yang jelas dunia yang serba fana.

Suatu malam yang ceria tanpa tahu ada rentetan cerita bersejarah keesokkan harinya, iaitu Maulidur Rasul, aku menyusuri jalan lama yang kini adalah belukar. Niatku untuk memberi kucing makan. Mulut tidak berhenti melontar zikir. Bintang menghiasi malam gelap dengan banyaknya. Sehinggakan aku tertarik melihatnya. Tertarik melihat langit dari bumi. Maka, di sudut hati yang terdalam mendengar bunyi dari langit menyebut Laillahaillah berulang kali.

Kejadian kedua berlaku semasa perjalanan dari Johor Bahru ke Melaka, terlihat bulan yang mengambang penuh mengikut perjalanan kereta. Keadaan yang sama berulang dengan mendengar zikrullah berulang kali dari langit. MasyaALLAH. Secara tiba-tiba, air mata mengalir deras menyedari betapa kecilnya manusia. Betapa tingginya kuasa ALLAH yang menjadikan setiap kehidupan berzikir dengan menyebut namanya.

ALLAH memegang di antara langit dan bumi. Di manakah harus melarikan diri. Kita semua di bawah genggamanNYA. MasyaALLAH. MAHA SUCI ALLAH.

"Terima kasih membaca"

Tuesday 15 May 2012

Membaca Ilmu


Malu untuk membaca di khalayak. Cemburu melihat orang membaca disekeliling. Lemas melihat, susah hati, pura-pura sibuk melakukan sesuatu menunjukkan tiada apa yang harus dibuat. Saja berpura-pura. Lemparkan sebuah senyuman agar dia boleh tenang. Tiada kesombongan apabila ALLAH bagi keizinan untuk menambah ilmu di dada.

Mereka melihat sang pembaca, mengejek tajuk bacaan. Gelisah melihat sang pembaca membaca dengan khusyuk. Ingin tahu tapi egois. Lain pula apabila buku dibalut dan diletak di suatu tempat. Tetap ada yang ingin tahu isinya. Apabila membaca summary, beberapa helaian awal, terus ingin membeli.

Seperti mana menjaja buah-buahan, menjual pelbagai makanan petang dengan teriakan yang kuat. Begitulah keadaannya, apabila melihat kelebihannya ada ilmu melebihi seseorang. Ada ilmu, kongsi.

Kedengkian melihat dia jauh lebih baik apabila telah diajar dengan curahan otak sepenuhnya. Maka, ilmu yang diterima dari pelbagai penjuru membuatkan setiap kata-kata yang dilontarkan menunjukkan riak dan sakit hati bagi si pendengar. Lalu, muka yang dibuat-buat senyum itu masakan mahu lari dari detik itu. Lari tandanya pengecut, ke hadapan jika benar.

Cacian terang-terangan kepada pengajar menunjukkan lupa saat menagih sesuap nasi untuk dijamah otak. Apabila hebat dari guru, meletak uncang teh di atas kepala. Lupa keberadaan dulu. Saat meminta simpati ALLAH untuk memberi faham.

Gelak ketawa dan menjadikan diri sendiri bodoh dan berkelakuan pelik mahu meredakan keadaan, kerana merasa dan terasa walau tiada terlontar kata tetapi setiap pergerakkan akan membuatkan faham.

Pernah wujud satu ketika di mana dengan penuh megahnya berkata tidak mahu menjadi itu dan ini. Maka, perubahan putaran masa menjadikan seseorang berubah. Apabila ALLAH izin, dengan megahnya juga mahu menunjuki dan bangga dengan perubahan itu. Tiada kesedaran di mana telah berpijak dan berdiri.

Pemerhatian orang atas melakukan sesuatu, fikiran yang memikirkan bahawa lagi bagus darinya, dia yang jahil tiada tahu apa-apa, hanyalah fikiran yang akan melemahkan sesiapa, sesuatu yang akan dibuat menjadi salah dan merugikan. Hilang fokus kerana fokus beralih kepada si pemerhati.

Dia jauh lebih baik. Lebih bagus. Penyesalan kerana melemahkan diri dahulu atas alasan berat dan tidak berkemampuan. Jadilah terbaik untuk setiap nafas sekarang.

Memandang sekelompok bergurau senda membuatkan ada yang terasa. Memandang dengan tiada rasa apa-apa membuatkan orang sakit hati. Tegur dan stabilkan keadaan untuk semua.

Apabila ada sesuatu yang memotivasikan, dari situ mula mendengar bunyi air yang mengalir, bunyi angin, bunyi daun yang berdesir. Lintasan akal dengan dunia yang mengeruhkan membuatkan tiada sedar dengan nikmat yang terbentang di hadapan mata. Lebih sengsara memikirkan dan mencari jawapan yang ghaib. Lakukan tugas dengan kefanaan. Segala yang ghaib adalah milik ALLAH. Melakukan kerja Tuhan dengan fikiran yang ghaib-ghaib adalah melampaui batas dan lebih menjurus kepada menyekutukan ALLAH.

Melihat kesenangan orang dan menganggu hidupnya, berbalik semua kepada si gangguan, tahanlah amarah kerana curahan kedukaan sama nilainya dengan kegembiraan.

"Terima kasih membaca"

Friday 4 May 2012

Oh Sally

Sally terasa diperbodohkan, membeli kasih sayang dengan wang. Malah, tiada apa yang Sally dapat. Hanya sesuatu yang harus dipendam setiap hari. Harus menjadi pendiam. Sally gadis naive dengan kehidupannya yang saban hari mencemburui setiap gadis yang berpasangan, mempunyai baby di dalam kereta baby. Mencemburui  dan mengagumi setiap wanita yang mendapat wang dari lelaki. Sedangkan dia tidak pernah dapat, tidak pernah walau sekali pun.

Keikhlasan? Keikhlasan Sally dipertikaikan. Setiap hari wajib bekerja siang malam semata-mata untuk kejar cita-cita. Pendek kata, mak ayah Sally pun tidak sampai hati nak ambil duit Sally kerana tahu betapa susahnya Sally cari duit. Lagipun, gaji Sally kecil sahaja, tak sampai ribu raban. Kiranya, Sally ni kerja pun level buruh kasar. Tahap kemiskinan melampau, Encik Najib cakap. :)

Sally ada cakap, rasa nak lari saja dari semua kemelut ini. Mulanya, niat Sally cuma nak menolong. Maklumlah, ALLAH suka orang menolong kepada yang meminta-minta. ALLAH ada berfirman bahawa nak menolong tu kepada yang benar-benar miskin atau kaum keluarga yang meminta. Sally degil saja mengelirukan diri sendiri untuk tidak mengikut apa yang difirmankan. Lalu, Sally pun menolak tepi firman itu dan terus menolong. Akhirnya, Sally kena ikat perut hujung bulan semata-mata tak cukup wang belanja. Sally buat dhuha banyak kali minta tambah rezeki. Sebenarnya Sally ini bagus orangnya.

Kebaikan Sally dibayar dengan kesempatan. Sally, please tunjuk contoh baik agar orang tu berubah, please Sally, please. Tolonglah jadi pemurah, tolonglah.

Sally tekad dan tawakkal kalau orang yang disayangi itu nak pergi, pergilah. Sally kena kuat. Be strong !

"Terima kasih membaca"

Sunday 29 April 2012

Suami

Kesamaran dan kelabu kehijauan, di sebatang jalan yang tiada ketahui di mana penghujung. Pokok-pokok tirus yang bercabang tanpa bentuk tiga segi gemalai berdiri di bahu jalan. Nampaknya hanya sebatang di sebuah foto. Membelakangi kamu. Terserlah sebuah cahaya dari jasad kamu. Pokok yang lainnya menampakkan sehasta ruang diantaranya. Aku tahu kamu akan teguh berdiri untuk menunggu di situ. Menunggu dengan penuh senyuman, yang membuatkan sesiapa riang memiliki kamu. Cuma satu kepercayaan dan yakin terciptanya kamu untuk aku. Tiadalah yang mengenali engkau melainkan ALLAH. Hanya ALLAH.

Kemunculan untuk masa depan. Maka, setiap yang mengalir deras di pipi lembut kemerahan kerana terlalu banyak mengingati kamu. Setiap jari dan lengan yang tekap di muka betapa besar perlu dikorban masa untuk penciptaan sebuah kesabaran. Tahu untuk menghargai, tahu untuk menilai dan tidak tahu untuk membandingkan  kerana faham sangat betapa bernilainya diri kamu itu untuk manusia seperti aku. Seperti mana aku faham sangat betapa bernilainya aku.

Setiap yang diberi selain kamu mengajar untuk memberi, berkongsi agar satu hari nanti keikhlasan penuh tulus hanya untuk ALLAH dan kamu. Memimpin erat menyusuri bersama untuk kebahagiaan hakiki seperti yang telah dijanjikanNYA.
Aku faham sangat kamu menunggu aku. Setiap ungkapan sabar tidak lekang di mulut dan bisikan hati.

Langit membiru tanpa awan. Musim kemarau bakal tiba. Kemarau hati.
Suram awan menutupi bulan sabit. Suram jiwa.

Berharap kehadiran setiap rangkulan kasih sayang memujuk hati yang telah lama menunggu. InsyaALLAH, semakin kuat dan teguhnya jiwa saat kamu hadir. Denai mengalir setiap urat-urat hati. Layak kamu dan aku menerimanya nanti.

Untunglah...

"Terima kasih membaca"

Saturday 21 April 2012

Kepunyaan ALLAH

Di lorong kecil yang menghubungkan pagar jalan besar dan jalan kecil, wujud sebuah gerai kecil mempunyai 2 batang payung berwarna-warni. Pelbagai kuih muih yang ada, tetapi di antara banyak-banyak kuih, goreng pisang warga emas itulah yang paling laris sekali. Dahulu, sering juga membeli pada setiap petang.

Sejak suatu petang yang lalu, melihat kelibat 2 orang berpakaian polis menghalau warga emas yang berpangkat nenek dan datuk itu, kemunculannya hanya sekali dua, itu pun di seberang jalan sana dan lenyap selepas itu. Tidak tahulah ke mana warga emas itu menghilang dan kini aku ingin memberitahu, aku rindu goreng pisangnya.

Goreng pisangnya apabila sejuk sekalipun, ianya tidak menjadi keras. Malah masih fresh dan berminyak cair di tekak dan menikmati kelazatannya tidak lekang hati mengucap Alhamdulillah..

Seperti hari ini, aku melihat kamu ramai-ramai bersamaku. Esok lusa, ALLAH tidak izin, maka, tiada kita bertemu lagi. Semoga penulisan aku menjadi pengajaran untuk sezaman aku dan selepasnya. Jika, adalah satu sindiran, aku hanya mengira-ngira dan memperolok-olokkan dan tiada terjauh dari menganiaya diri sendiri. Maafkan aku semua. Semoga ALLAH kasih dengan setiap penulisan aku tidaklah setinggi Merong Mahawangsa, tidaklah sehebat Al-Quran.

Satu yang ingin dihubungkan antara babak dengan kejayaan. Yuna menyanyi di San diego, Farah Lee bergambar dengan Ally Iskandar berlatarkan pemandangan mewah dengan alam. Farah Lee memakai tudung sungguh berfesyen tetapi masih menutup aurat. MasyaALLAH, indah...

Petang yang terang, seperti biasa, aku faham dengan perasaan melonjak riang. Aku faham antara realiti dan fantasi. Astaghfirullahhalazim, yakin dengan bayangan fantasi antara otak dan fizikal kehidupan. InsyaALLAH, ALLAH akan menolong dengan keyakinan yang berkubur di hati. Keyakinan adalah seluruh keimanan, sabar itu separuh dari iman.

"Terima kasih membaca"

Tuesday 17 April 2012

RIAK

Lazim, sebelum azan subuh, tertarik melihat bulan yang tidak kiralah penuh, separa penuh, ataupun anak bulan. Satu orbit yang berwarna kemerahan mengorbit bulan. Apabila azan subuh berkumandang, maka atmosfera berubah, orbit kemerahan hilang ditelan masa. Masa mencuri kecantikan.

Di sebalik jendela, sambil berbaring dan mata memandang ke langit membiru, awan keputihan suci berbunga-bunga bergerak ke arah utara, seumur hidup, tidak perlu satu pembalikkan berlaku dengan pergerakkan ini.

Semakin ranting pokok meninggi menujah ke langit, tiada satupun daun-daun yang berbaki. Semakin hari, ranting tirus itu rapuh separuh membentuk objek sedang rukuk dalam solat. Apabila ALLAH mengizinkan,  ranting itu jatuh dan sujud ke atas tanah. Akhirnya, tanah memamah jasad ranting tanpa bersisa. Segala sesuatu yang meninggi tidak kiranya manusia atau alam, maka bersaksikan alam juga akan tumbang.


Bagaimana dengan keriangan? Aneh menapak ke portal. Keriangan dan gementar terikat rapi. Membaca buku maya kejayaan menaikkan semangat, merasakan kehidupan kejayaan di dunia bukan di akhirat.

Dengan suasana dan rasa alam, pejam mata dan merasai. Rasai setiap satu pergerakan sekeliling kamu menunjukkan kesombongan. Muncung dipanjangkan dan ke bawah. Mata dibuat-buat kuyu kononnya personaliti sedemikian adalah seorang yang bijak pandai. Muka masam mencuka. Berhentilah bermain teater, berhentilah memperolok-olokkan diri sendiri. Diam sebegitu tidak memberi apa-apa maksud, jangan difikir adalah satu kebaikan untuk semua. Jauh memandang ke sudut lain, hatiku tenang dan puas. Setiap kemurungan muka aku balas dengan satu senyuman untuk diri sendiri. Masa berlalu, akhirnya dia berubah, berubah menjadi aku. Serba serbinya diikuti. Beg bertali panjang itu mencorakkan diri kau dan aku.

Coklat kisses lambang kemewahan kepada sesiapa yang memakannya. Coklat bar dihabiskan dan disimpan berstok di dalam beg menunjukkan kehebatan sesiapa yang memakan, mereka akan taksub dengan kamu.

Gaya berjalan dengan tapak kaki tidak sepenuhnya menjejak tanah, pandangan adalah kamu yang terbaik.

Kad bermacam-macam jenama disimpan di dalam dompet, sedangkan telah luput tarikhnya. Betapa megahnya mampu memiliki.


Melakukan haji seperti satu keadaan di padang masyar. Masing-masing dengan urusannya. Membawa tekad yang satu, usaha mesti dioptimumkan supaya mabrur dapat dicapai. Takutlah kepada ALLAH, insyaALLAH, ALLAH akan menolong. Berbekalkan semaksima mungkin agar pembahagian yang baik dan dipermudahkan di sana. Pembalasan dunia dihitung dengan cepat dan tepat tidak sama di tanah halal. Mohon yang terbaik untuk kalian. Terbaik untuk kalian, kesyukuran dan doa kalian terbaik juga untukku. Belajar pada alam untuk memperbaiki diri sendiri.


"Terima kasih membaca"

Thursday 5 April 2012

Pelbagai

Berpaksikan bulan sebagai saksi, wujudlah persahabatan. Setiap pegangan yang diperkatakan diikat erat-erat. Bintik-bintik hujan pegun di atas kaca, semakin banyak titisan wujud, membentuk satu jisim yang boleh bergerak meliuk-liuk mengikut kepantasan angin. Kepantasan angin tidak mampu untuk menerbangkan jisim, jisim tersebut membaham titisan pelbagai saiz, membesarkan dirinya. Betapa besar titisan mampu membesar, ALLAH tidak izin, jatuhlah menyimbah bumi. Satu senyuman terukir menandakan betapa besar dan berkuasanya sesuatu, akhirnya akan jatuh apabila riak tidak mahu menuruti apa pun suruhan ALLAH.

Riak mengetahui sedikit ilmu ALLAH. Bangga menyatakan tiada siapa yang mengajar, dengan sendirinya mengetahui. Sedangkan Nabi Adam a.s diajar ALLAH dengan nama benda. Maka, para malaikat sekalipun tidak mengetahui nama benda tersebut tanpa kehendakNYA.

Pen mahu menulis, coretan tidak dihabiskan. Dikumpul sehingga ALLAH mengizinkan untuk dihabiskan. Tiada tinta yang ditulis menjadi beban yang tidak berkesudahan, mengingati masalah remeh sudah selesai dalam hidup, membohong diri sendiri bahawa tiada yang selesai. Masa berlalu, aku masih berada di tempat yang sama tanpa perubahan masalah. Penungguan dari segi ini adalah sia-sia. Coretan diperlukan untuk dihabiskan.

Sesuatu yang berat mahupun remeh yang ditangguh di alam nyata terbawa-bawa ke alam mimpi. Otak menjalankan fungsi untuk menyelesaikan sesuatu yang tiada selesai sebelum tidur. Tiada semua yang boleh diselesaikan, layangkan jari-jemari untuk mengurangkan dan menyelesaikan.

Sekatan demi sekatan otak diterima. Ia pergi dan kembali tanpa berkala. Semua ini keizinanNYA.

Suatu petang, hati melonjak ingin bebas, melihat alam dengan seronok, aku dipenjara dengan tugas yang bertimbun. Aku wujudkan hidup di dua dunia. Antara ilusi dan nyata. Otak membayangkan sewaktu mata celik. Kereta meluncur di jalan lurus, kiri dan kanan rumah kampung tidak kiralah sama ada rumah kayu ataupun rumah batu berdiri di atas tanah landai. Matahari petang sayup-sayup kelihatan penjuru di celah-celah rimbunan pepohon yang rendang. Lelaki bermotosikal menyusuri jalan kecil tanpa bertar di antara pohon kelapa sawit. Bagaikan aku menaiki motosikal itu, rasa alam. Indah. Pandanglah ke langit membiru dihiasi beberapa kelompok awan memutih suci. Teringat akan cerita doraemon hidup di atas awan yang menjadi kegilaan aku berfantasi waktu kecil. ALLAH izinkan aku merasai semua ini semula.

Pernah satu ketika, tercampak ke sebuah tempat asing seperti kehidupan di zaman Jurassic Park, celah-celah sebaris pepohon kelapa sawit yang tinggi sebesar dinasour dengan hamparan langit putih sebagai background. Suasana yang suram, kelam, dan kelabu tidak sedikitpun menceriakan, malah wujud kehidupan terasing penggambaran kesedihan tanpa hujung. Alunan muzik "Lamunan Terhenti" nyanyian Aris Ariwatan sebagai lagu latar.

Maka, wujud suasana baru di mana sinar matahari yang berwarna oren melalui sebuah tingkap nako di dalam bilik mandi, seorang lelaki berbaju membiarkan bajunya basah disirami air pancut kerana terlalu tertekan dengan kesudahan cinta. Lalu, lelaki itu menyanyikan lagu lamunan terhenti tadi. Imbauan kembali kenangan lama si lelaki dengan bekas wanitanya yang "free hair". Gadis tadi berbaju kurung kain "cotton" berbunga kecil yang kusam. Lalu, lelaki itu pun ditinggalkan orang teman wanitanya di tengah malam yang cuma ada sebatang lampu neon.

Dahulu, jika aku pulang ke kampung untuk waktu yang lama. Apabila sampai ke rumahku semula. Ada satu rasa keganjilan. Rumah yang terang disinari cahaya putih matahari masuk ke dalam rumah. Rasa kurang selesa kerana hidup di dunia lain, bukan rumahku syurgaku.

Menjawab soalan peperiksaan dengan alunan muzik yang dicipta. Tanpa suara. Fikiran memikirkan kejayaan. Kerap kali keadaan membohong. Sahaja menunjukkan asyik menjawab dengan kepura-puraan mengetahui semua jawapan hanya tiada memberi sebarang erti. Cukup masa, kecundang.

Alunan piano dalam suasana pink, seorang kanak-kanak  dalam kesedihan bermain piano menunggu seorang jejaka yang pernah bersamanya dahulu. Sebuah pagi, terdapat sebuah rumah terpencil di dalam hutan, lohong atap rumah berasap, di depan rumah kecil poly pocket itu wujud sebuah denai kecil. Airnya jernih turun dari atas gunung.

Memukul perilaku kehidupan tanpa meninggalkan kesan. Hidup dengan kenyataan dan nyata. Bukan lamunan.

"Terima kasih membaca"

Friday 23 March 2012

Masa dan masalah

Setiap lingkaran akar dalam kepala otakku berserabut. Macam-macam yang diadun bagai minuman susu bercampur oat tanpa madu, tawar, tanpa rasa. Sehingga dibawa kepada lingkaran pipi di wajah yang menampakkan penggambaran otak. Semakin diam tanpa bertindak apa-apa, teragak-agak masih berfikir untuk bertindak sedangkan sang pelari telah jauh sampai ke sana. Walau disapu setiap hari dengan polishing nanowhite sekalipun, jika tiada tawakkal, tiada doa, usaha yang dilakukan sia-sia. Sehingga menyalahkan takdir kenapa nasib tidak seperti yang lain. Sedangkan setiap kesilapan dicipta saja-saja mengikut gerak hati dan nafsu.

Aku diadili masa. Membiarkan masa menghakimi dan memerangkapkan hidup. Masa yang tidak pernah untuk cukup. Sedangkan setiap orang masanya sama. Bagai meletakkan masa untuk menentukan, bukan ALLAH. Complicated sangat hidup. Maka, bosan menguasai diri.

Setiap kelakuan yang memberi faedah ditangguh-tangguhkan. Banyak perkara yang ingin dilakukan tertunda bila lagha menguasai. Tanpa izinNYA, masa yang berkualiti tidak akan dapat. Anugerah dan rahmat yang diberi kepada sesiapa dikehendakiNYA.

Fitnah bermaharajalela dan berkokok riang apabila anak adam jatuh. Maka, semua itu tidak perlu ditakuti. ALLAH itu yang jelas ditakuti.

Aku masih belum lulus untuk setiap titik tolak permasalahan yang berlaku. Ianya berulang-ulang terjadi. Apa yang aku dapat ialah untuk menjadi lebih baik selepasnya. Izinkan untuk terus menulis jika kamu fikir ia bukan beban tapi untuk mengurangkan dan berkongsi. Izinkan aku melakukan sedemikian.

"Terima kasih membaca"

Thursday 8 March 2012

Situasi

Jika memandang ke luar, nampaklah dunia yang penuh dengan permainan. Jika kau pandang persekitaran lalu masukkan ke dalam matamu maka terlihatlah segala realiti dunia. Nampak hidup, bernafas malah kaku sendirian lalu memerhatikan sekeliling hanya kau yang hidup. Sekeliling cuma ilusi. Masa untuk kau sendiri duduk di situ seakan terhenti. Justeru, memerlukan masa seketika selepas itu untuk bangkit hidup dalam ilusi. Itulah dunia.

Seakan deria.

Bagaimana pula dengan ramalan? Memerhatikan bintang di langit petanda cuaca keesokkan harinya. Cerah atau hujan. Bagaimana jika kau percaya lalu ianya tiada menjadi? Percayalah rahmat dari setiap titisan yang turun adalah anugerah. Kuasa ALLAH haruskah dipertikaikan dengan ramalan? ALLAH lagi MAHA HEBAT dari itu.

Ingat, aku memilihmu kerana solat, jika kau berpaling, maka jangan disalahkan aku menjauhi kamu. Tuntutan agama itu penting. Telah menjadi kewajiban untuk menjalankannya. Maaf, tidak sanggup secara berterusan aku menganiaya diriku dan bersubahat atas kezaliman. Kau dan aku sama, punyai dosa. Jangan ditambah yang telah ada. Cukup, terbeban aku saban hari dengan dosa. Berat bahu dan kepalaku memikulnya.

Banyak persoalan yang tiada harus dijawab. Dengan beberapa patah perkataan mampu memberi jawapan untuk semuanya. Jika melihat diam. Fahamilah, telah aku berbicara sebelumnya. Banyak cakap tambah murka..

Merasai kesenangan sekejap yang bukan memiliki adalah ujian. Jiwa tandus dengan pertumbuhan benih kasih sayang, maka kau semakin lupa, jauh meninggalkan kesedaran diri, bumi di mana kau berpijak untuk bangkit. Lalu ALLAH tarik baik-baik, pimpin jiwamu dengan rendang kasih sayangNYA. Jika situasi menjadi roda, maka berterusan menjadi sama tanpa belajar darinya. Jadikan situasi itu roller coaster dalam hidup, ada pasang surut, turun naik untuk mencapai ke destinasi.

"Terima kasih membaca"

Wednesday 15 February 2012

Ujian

Ujian yang semakin hari semakin hebat mengikut tahap kesabaran. Ada yang berputus asa, menyerah pada nasib qada dan qadar. Maka, pada percakapan jelas menunjukkan apa yang terlintas di pemikiran. Pelbagai fakta yang berbeza-beza menunjukkan siapa diri yang sebenarnya. Di pihak kebenaran ataupun sebaliknya. Atau kamu hanya mengira untuk faham lain dari apa yang disampaikan. Tidak bertanya sesat jalan. Sensitiviti itu penting untuk kamu fahami sebaiknya apa yang disampaikan. Percaya pada ALLAH Subhanawataallah dan diri sendiri dahulu.

Kenyataan yang diambil positif mengundang kemenangan dan ketenangan. Itu yang jelas. Percaya dengan janji ALLAH. Itu yang sepatutnya. Bagiku, satu perjalanan penungguan memerlukan kesabaran yang tinggi, total secara jelasnya ramai disekeliling telah menyerah tanpa bertarung di medan peperangan jiwa. Usaha yang mampu dilakukan walaupun tiada drastik dan memakan masa yang lama mengecop bulat-bulat akan mutlak sebuah kesabaran. ALLAH didik baik-baik kesabaran atas kekerasan hati. Meskipun, dirasakan besi itu keras. Tahukah hatimu lebih keras daripada besi? Memerlukan masa yang panjang untuk didikan. Maka, kalau lembut, lagi lembut dari sutera. Itulah jiwa, tiada nampak zahirnya tetapi dapat dirasakan seluruhnya. Hanya ALLAH yang beri rasa, hanya kamu yang dapat rasa dalam hati.

Apa yang dirasakan, semakin lama, semakin yakin dan percaya pada ALLAH. Yakin akan dapat walaupun lambat. Rezeki ALLAH sudah tetapkan untuk setiap makhluk. Ada yang diberi kelebihan seiring dengan kelemahan. Ada yang lebih sini, yang kurangnya di sana. ALLAH itu MAHA ADIL.

Justeru, pandanglah kelebihan orang dengan kehebatan ALLAH beri padanya. Bukan dengan kehebatan orang, harus dirasakan lemah. Kamu dengan dia sama sahaja. Kamu tiada tahu dan tiada kelebihan melainkan atas petunjuk ALLAH terhadap ilmuNYA. Dia mendapat lebihnya di situ, maka dikurangkan di sudut yang lain. Begitu juga dengan kamu, saya dan semuanya. ALLAH MAHA ADIL kepada yang melihat.

Oleh itu, lihatlah di celah awan yang seakan peta, ada nur cahaya rembulan. Mengambang dan sfera. Sungguh, nur itu ditutupi peta awan, masih ada nur yang menjangkaui di celah-celahnya. Begitulah, dengan perumpamaan hati, iman dan nafsu.

"Terima kasih membaca"

Sunday 5 February 2012

Cinta

Manisan yang lebih manis dari coklat, masuk ke dalam tekak lalu melekat di situ seketika tanpa air liur. Lalu coklat tadi mengalir ke perut seperti makanan yang lainnya. Seperti mana yang berguna, diserap salur darah untuk penerusan hidup, maka yang tidak diperlukan dibuang dari badan.

Justeru, kata-kata yang baik diambil sebagai pengajaran, yang lainnya dimuntahkan otak seperti imaginasi kau membalut masalah dalam satu bungkusan furoshiki sepadat mungkin sekecil batu lalu mencampakkannya ke laut. Antara hamparan furoshiki terbuka di laut lalu terapung dan dibawa sejauh mana kehidupan ombak, berakhir dan melahirkan. Maka, seperti tiada pengakhiran yang berlalu dengan masalah, silih berganti walaupun kau berjaya menghapuskan dari sisa kehidupanmu tetapi yang lainnya menghadapi semula apabila terkena hamparan tadi. Cuma, yang membezakan keadaan sekerang dan masa sejauh mana ombak berakhir.

Bungkusan yang merupakan racun membawa pelbagai penyakit. Pembunuh senyap yang memakan dalam-dalam sedikit demi sedikit sehingga tiada tersisa sedikitpun. Matilah dengan tiada manfaat dan sia-sia. Tertipu dengan fizikal racun yang dipandang sedap dan kunyahannya cair dalam kerongkong serta lazat.

Kepercayaan terhadap bayangan malam sebagai gambaran kehidupan akan datang. Di mana sebagai satu petunjuk yang tiada kejelasan dari ALLAH. Fikiran membaca ALLAH MAHA BESAR,  memegang semuanya tanpa satu pun tertinggal. Dahulu, sekarang dan selepasnya. Maka, akal haruslah bijak supaya tidak tertipu dengan bayangan malam tanpa kebenaran. Mainan tidur dengan bisikan, belaian dan alunan muzik yang mengasyikkan sesiapa sahaja dari musuh tersembunyi dari tanpa kewujudan manusia dan selamanya.

Penungguan adalah satu penyeksaan jika tiada kesabaran. Kesabaran sebenar tidak akan wujud tanpa ketulusan iman.

Pilihan yang terbaik di antara yang terbaik. Sudah pasti memilih yang paling terbaik bukan. Satu yang harus dipilih semoga tiada penyesalan. Pertikaian dengan tiada ilmu hanya membazirkan masa dan air liur. Tiada apa yang dapat melainkan kesakitan hati. Oleh itu, kadang kala kecerdikan harus dilampirkan dalam diam. Banyakkan mendengar dan melihat lalu simpan dalam otakmu, buang jika tidak perlu.

"Terima kasih membaca"

Monday 30 January 2012

Kuasa ALLAH

Gemar menceritakan kekuasaan ALLAH, pilihan teratas dari yang lainnya. Salah satu cara agar tidak jatuh terjunam tidak boleh bangun semula. Cuti yang berbaki dicuba sebaiknya untuk membaca. Bukan selalu dapat peluang yang ALLAH beri. Dari cerita pusat gay nombor satu di dunia terletak di Tel Aviv, Israel. Cerita lesbian, cerita Gaza, Palestin paling menyayat hati.

Baitulmaqdis bumi penuh keberkatan. Bumi yang melahirkan ramai para mujahid yang tidak gentar sedikit pun dengan serangan Israel. Para ibu di sana kuat mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang :

- Bersyukur, tidak mengeluh dan melawan musuh walau dengan seketul batu.

- Menghormati masjid apabila azan berkumandang dan segera membetulkan saf, tidak seperti kanak-kanak yang lain yang masih berlari dan bercakap pada waktu itu.

- Tahu memberi dan menghargai walaupun hidup terhimpit kemiskinan dengan jumlah anak dalam satu keluarga 8 sehingga 9 orang. Sungguhpun Palestin mendapat bantuan dari pelbagai badan NGO termasuk Malaysia, tetapi mereka masih boleh memberi bantuan kepada penduduk Somalia yang jauh lebih susah dari mereka. Apabila mendapat sebuku roti, mereka sanggup membahagi-bahagikan sesama mereka walaupun seorang hanya mendapat secubit roti.

- Tahu ilmu itu penting. Sungguh, sekolah hampir roboh dan terdapat banyak kesan tembakan pada dinding sekolah tidak mematahkan semangat mereka untuk berilmu sehinggakan Palestin berjaya melahirkan ramai golongan tahfiz Al-Quran yang terkenal.

- Bertanggungjawab. Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mengorbankan masa remajanya untuk menyara keluarga sebagai nelayan ditambah dengan kesakitan ayah dan adik-adiknya yang masih kecil. Israel telah menyekat para nelayan tidak boleh menjala melebihi 3 batu dari pantai. Dengan kekuasaan ALLAH, banyak ikan dapat ditangkap walaupun diketahui sedikit ikan yang boleh didapati di kawasan sebatas itu. Ikan yang ditangkap itu mampu untuk memberi sumber protein kepada seluruh penduduk Palestin.

Kebingungan Israel dan rasa goyah kepada tentera berbaju putih yang tidak beridentiti itu membuatkan mereka masih belum dapat menawan malah menjajah pemikiran penduduk Palestin seluruhnya walau pelbagai cubaan dilakukan sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Keajaiban satu persatu terbongkar masih belum dapat menjatuhkan ego dan kesombongan Israel kepada ALLAH.

- Dilihat segelintir para mujahid yang menangis bukan kerana tidak berjaya mengalahkan musuh, tetapi tentera yang berbaju putih telah menutup peluang mereka untuk menjadi syahid.

- Seorang mujahid memasang sedikit bom lalu bersembunyi apabila Israel muncul. Tatkala itu menyaksikan bom yang dipasang berjaya meletup seperti berganda-ganda jumlahnya mengorbankan Israel.

- Pemasangan bom yang tidak sempat dipasangkan wayarnya meletup tanpa menjejaskan bom tersebut seolah-olah tidak pernah meletup.

- Israel yang menahan seorang pemandu ambulans kerana di dalamnya dipenuhi tentera berbaju putih sedangkan cuma pandangan mata mereka sahaja.

Israel akan kalah apabila pengakhiran dunia tamat.


"Terima kasih membaca"

Sunday 22 January 2012

Air mata tidak berhenti menitis sama sekali, mukus tetap akan keluar tanpa mengira masa. Kedua-duanya diambil positif sebagai penghapusan dosa, InsyaALLAH.

Dosa dilakukan seiring dengan dengan penghapusan. ALLAH Maha Pengampun, lagi Maha Pengasihani. Kamera yang mengambil gambar bulan, matahari menjadi kecil. Sedangkan, mata yang memandang pada jarak yang sama mampu melihat dengan jelasnya, ciptaan ALLAH tiada siapa yang dapat menandingi sungguh teknologi secanggih gunung.

Seperti mana Marikh yang tidak mampu berkelip apabila memantulkan cahaya matahari walau pembiasan udara beribu batu. Marikh bagaikan penumpang cahaya matahari untuk menunjukkan kewujudannya. Bintang-bintang yang mengeluarkan cahayanya sendiri bercahaya apabila dibiaskan udara. Aneh, tapi itulah kuasa ALLAH, yang sumber bercahaya tidak semestinya kuat bercahaya tanpa kelipan, yang penumpang tidak semestinya lemah untuk bercahaya.

Matahari kelihatan gagah. Apabila siang, gerhana matahari menyusul, matahari kelihatan lemah apabila ditutupi bulan sedikit demi sedikit menjadi penuh. Malam yang kelam, bulan dilihat bersinar untuk menerangi, apabila gerhana bulan, bulan ditelan hidup-hidup dengan bayang-bayang bumi. Raja malam dan siang akan jatuh jua di bawah kuasa ALLAH. MasyaALLAH. hebatnya ALLAH.

Cahaya hebat bergerak sepantas mungkin sungguh pelbagai khazanah di angkasa lepas yang memampukan kita untuk tidak melihat cahaya kerana telah terhalang objek legap. Di bumi sahaja, cahaya matahari terhalang dengan kepulan awan, tidak mampu melalui kepulan awan dan hanya mampu melalui di celah-celah awan yang tidak tertutup.

Kuasa ALLAH. Sama-sama memikirkan.

"Terima kasih membaca"

Saturday 14 January 2012

Ucapan Assalamualaikum dari teman semuslim. Aku memandang dari cermin gelap agar tidak dilihat. Aku  menjawab salam dan meluru ke pintu. MasyaALLAH, tabligh.

Seorang lelaki di antara tiga orang itu berkata "orang laki ada?" sambil matanya memandang ke bawah. Pantas aku menjawab "kejap". Mujur waktu itu aku bertudung. Bermacam-macam dalam kepala memikirkan hanya datuk yang patut dipanggil disebabkan rajin ke surau.

Memandangkan datuk tidak ada waktu itu, maka dipanggilnya adik yang bongsu untuk meneruskan ukhuwah.
Ukhuwah dimulai dengan berjabat salam, "kami dari Pulau Pinang nak ajak sama-sama menaikkan masjid, nak ikut kami sekarang pun boleh", disambung dengan bacaan beberapa potongan hadis untuk menyokong kuat hujah sebagai jihad. Tangan mengigil malah terputus-putus bacaan sambil memejamkan mata tanda penghayatan bacaan hadis.

"Lain kali saya ikut, saya belum dapat hidayah lagi".

Tugasmu dengan ALLAH telah selesai, maka diikuti pemberian tugas kepada hamba yang lain untuk menerima atau tidak. ALLAH sebaik-baik menilai.

"Terima kasih membaca"

Tuesday 3 January 2012

Keajaiban. Tanggal 2 Januari, 2011 masihi.

POLIS China roboh masjid. 2 terbunuh + 50 cedera = 52 orang

Pusat Islam di bom di New york. Tiada yang mati.

Gempa bumi di Christchurch = 181 orang mati.

2 serangan lawan satu kuasa ALLAH. MasyaALLAH.

"Terima kasih membaca"