Translate

Sunday 29 April 2012

Suami

Kesamaran dan kelabu kehijauan, di sebatang jalan yang tiada ketahui di mana penghujung. Pokok-pokok tirus yang bercabang tanpa bentuk tiga segi gemalai berdiri di bahu jalan. Nampaknya hanya sebatang di sebuah foto. Membelakangi kamu. Terserlah sebuah cahaya dari jasad kamu. Pokok yang lainnya menampakkan sehasta ruang diantaranya. Aku tahu kamu akan teguh berdiri untuk menunggu di situ. Menunggu dengan penuh senyuman, yang membuatkan sesiapa riang memiliki kamu. Cuma satu kepercayaan dan yakin terciptanya kamu untuk aku. Tiadalah yang mengenali engkau melainkan ALLAH. Hanya ALLAH.

Kemunculan untuk masa depan. Maka, setiap yang mengalir deras di pipi lembut kemerahan kerana terlalu banyak mengingati kamu. Setiap jari dan lengan yang tekap di muka betapa besar perlu dikorban masa untuk penciptaan sebuah kesabaran. Tahu untuk menghargai, tahu untuk menilai dan tidak tahu untuk membandingkan  kerana faham sangat betapa bernilainya diri kamu itu untuk manusia seperti aku. Seperti mana aku faham sangat betapa bernilainya aku.

Setiap yang diberi selain kamu mengajar untuk memberi, berkongsi agar satu hari nanti keikhlasan penuh tulus hanya untuk ALLAH dan kamu. Memimpin erat menyusuri bersama untuk kebahagiaan hakiki seperti yang telah dijanjikanNYA.
Aku faham sangat kamu menunggu aku. Setiap ungkapan sabar tidak lekang di mulut dan bisikan hati.

Langit membiru tanpa awan. Musim kemarau bakal tiba. Kemarau hati.
Suram awan menutupi bulan sabit. Suram jiwa.

Berharap kehadiran setiap rangkulan kasih sayang memujuk hati yang telah lama menunggu. InsyaALLAH, semakin kuat dan teguhnya jiwa saat kamu hadir. Denai mengalir setiap urat-urat hati. Layak kamu dan aku menerimanya nanti.

Untunglah...

"Terima kasih membaca"

3 comments:

  1. kalau tak cuba, tak tahu. tapi sekali cuba, kena yakin.

    yakin tak terlalu. harapan mesti bersandar.

    ReplyDelete
  2. nveil : apa pun rasa harus penstabilan dan saling melengkapi.

    EmpayarUtama : untuk suami seperti kamu. Untunglah isteri dan anak-anak encik.

    ReplyDelete