Translate

Tuesday 15 May 2012

Membaca Ilmu


Malu untuk membaca di khalayak. Cemburu melihat orang membaca disekeliling. Lemas melihat, susah hati, pura-pura sibuk melakukan sesuatu menunjukkan tiada apa yang harus dibuat. Saja berpura-pura. Lemparkan sebuah senyuman agar dia boleh tenang. Tiada kesombongan apabila ALLAH bagi keizinan untuk menambah ilmu di dada.

Mereka melihat sang pembaca, mengejek tajuk bacaan. Gelisah melihat sang pembaca membaca dengan khusyuk. Ingin tahu tapi egois. Lain pula apabila buku dibalut dan diletak di suatu tempat. Tetap ada yang ingin tahu isinya. Apabila membaca summary, beberapa helaian awal, terus ingin membeli.

Seperti mana menjaja buah-buahan, menjual pelbagai makanan petang dengan teriakan yang kuat. Begitulah keadaannya, apabila melihat kelebihannya ada ilmu melebihi seseorang. Ada ilmu, kongsi.

Kedengkian melihat dia jauh lebih baik apabila telah diajar dengan curahan otak sepenuhnya. Maka, ilmu yang diterima dari pelbagai penjuru membuatkan setiap kata-kata yang dilontarkan menunjukkan riak dan sakit hati bagi si pendengar. Lalu, muka yang dibuat-buat senyum itu masakan mahu lari dari detik itu. Lari tandanya pengecut, ke hadapan jika benar.

Cacian terang-terangan kepada pengajar menunjukkan lupa saat menagih sesuap nasi untuk dijamah otak. Apabila hebat dari guru, meletak uncang teh di atas kepala. Lupa keberadaan dulu. Saat meminta simpati ALLAH untuk memberi faham.

Gelak ketawa dan menjadikan diri sendiri bodoh dan berkelakuan pelik mahu meredakan keadaan, kerana merasa dan terasa walau tiada terlontar kata tetapi setiap pergerakkan akan membuatkan faham.

Pernah wujud satu ketika di mana dengan penuh megahnya berkata tidak mahu menjadi itu dan ini. Maka, perubahan putaran masa menjadikan seseorang berubah. Apabila ALLAH izin, dengan megahnya juga mahu menunjuki dan bangga dengan perubahan itu. Tiada kesedaran di mana telah berpijak dan berdiri.

Pemerhatian orang atas melakukan sesuatu, fikiran yang memikirkan bahawa lagi bagus darinya, dia yang jahil tiada tahu apa-apa, hanyalah fikiran yang akan melemahkan sesiapa, sesuatu yang akan dibuat menjadi salah dan merugikan. Hilang fokus kerana fokus beralih kepada si pemerhati.

Dia jauh lebih baik. Lebih bagus. Penyesalan kerana melemahkan diri dahulu atas alasan berat dan tidak berkemampuan. Jadilah terbaik untuk setiap nafas sekarang.

Memandang sekelompok bergurau senda membuatkan ada yang terasa. Memandang dengan tiada rasa apa-apa membuatkan orang sakit hati. Tegur dan stabilkan keadaan untuk semua.

Apabila ada sesuatu yang memotivasikan, dari situ mula mendengar bunyi air yang mengalir, bunyi angin, bunyi daun yang berdesir. Lintasan akal dengan dunia yang mengeruhkan membuatkan tiada sedar dengan nikmat yang terbentang di hadapan mata. Lebih sengsara memikirkan dan mencari jawapan yang ghaib. Lakukan tugas dengan kefanaan. Segala yang ghaib adalah milik ALLAH. Melakukan kerja Tuhan dengan fikiran yang ghaib-ghaib adalah melampaui batas dan lebih menjurus kepada menyekutukan ALLAH.

Melihat kesenangan orang dan menganggu hidupnya, berbalik semua kepada si gangguan, tahanlah amarah kerana curahan kedukaan sama nilainya dengan kegembiraan.

"Terima kasih membaca"

Friday 4 May 2012

Oh Sally

Sally terasa diperbodohkan, membeli kasih sayang dengan wang. Malah, tiada apa yang Sally dapat. Hanya sesuatu yang harus dipendam setiap hari. Harus menjadi pendiam. Sally gadis naive dengan kehidupannya yang saban hari mencemburui setiap gadis yang berpasangan, mempunyai baby di dalam kereta baby. Mencemburui  dan mengagumi setiap wanita yang mendapat wang dari lelaki. Sedangkan dia tidak pernah dapat, tidak pernah walau sekali pun.

Keikhlasan? Keikhlasan Sally dipertikaikan. Setiap hari wajib bekerja siang malam semata-mata untuk kejar cita-cita. Pendek kata, mak ayah Sally pun tidak sampai hati nak ambil duit Sally kerana tahu betapa susahnya Sally cari duit. Lagipun, gaji Sally kecil sahaja, tak sampai ribu raban. Kiranya, Sally ni kerja pun level buruh kasar. Tahap kemiskinan melampau, Encik Najib cakap. :)

Sally ada cakap, rasa nak lari saja dari semua kemelut ini. Mulanya, niat Sally cuma nak menolong. Maklumlah, ALLAH suka orang menolong kepada yang meminta-minta. ALLAH ada berfirman bahawa nak menolong tu kepada yang benar-benar miskin atau kaum keluarga yang meminta. Sally degil saja mengelirukan diri sendiri untuk tidak mengikut apa yang difirmankan. Lalu, Sally pun menolak tepi firman itu dan terus menolong. Akhirnya, Sally kena ikat perut hujung bulan semata-mata tak cukup wang belanja. Sally buat dhuha banyak kali minta tambah rezeki. Sebenarnya Sally ini bagus orangnya.

Kebaikan Sally dibayar dengan kesempatan. Sally, please tunjuk contoh baik agar orang tu berubah, please Sally, please. Tolonglah jadi pemurah, tolonglah.

Sally tekad dan tawakkal kalau orang yang disayangi itu nak pergi, pergilah. Sally kena kuat. Be strong !

"Terima kasih membaca"