Translate

Monday 21 November 2011

Awan berkelompok hitam itu kelihatan seakan-akan mengejar bulan yang cerah cahayanya sungguh waktu itu subuh melabuhkan tirainya. Di segenap hati yang terdalam, jiwa bertambah resah melihat sang bulan tidak mampu berbuat apa-apa, hanya mampu mendiamkan dirinya untuk ditutupi sang ablasa.

Seketika, kebuntuan menjadi raja selama tiga hari hanya kerana "dia" yang hinggap dalam jiwa. Kiranya, kehadirannya mematahkan semangat juang yang aku sanjung selama ini. Hujan turun renyai-renyai menitis keseluruhan kepala membuatku tersentak agar aku harus bangun dari segala mimpi ini. Mimpi yang tiada memberi sebarang erti, mimpi yang membawa aku hanyut dalam keseronokan.

Hati memberontak untuk terus bangkit. Kata-kata yang aku lontarkan cukup menjatuhkan kau ke dalam genggamanku atas apa yang kau kerjakan dulu. Aku gembira penuh kesyukuran. Kau tidak mampu berkata apa-apa lagi. Perkiraanmu, kata-kataku benar dan kena pada tempatnya, kesesuaian denganmu. Kau seharusnya melihat kalam ALLAH, bukan melihat tintaku.

"Terima kasih membaca"

Sunday 13 November 2011

Hidup dengan bertunjangkan kedustaan akan kalah dengan kuasa ALLAH. Bersama dengan berkat permintaan petunjuk dariNYA memperoleh kemenangan yang diinginkan. Hari ini kau terpaksa akur denganku kerana usahamu selama ini adalah sesuatu yang sia-sia menampakkan akan segala kelemahan yang kau ada. Di dalam jiwa yang kecil terselit nurani yang boleh merasai akan keanehan yang berlaku. Agar aku tidak bertindak melulu, agar aku lebih bersabar dahulu untuk mencari kebenaran yang lurus.

Aku tahu tujuanmu adalah untuk kesukaan sementara. Kau tidak berpijak di bumi yang nyata. Kau fikir ini adalah dunia fantasi yang boleh kau reka keseluruhan cerita dan yang pasti kau adalah watak utamanya. Kau fikir semua orang akan menurut segala ceritamu. Ternyata kau silap teman. Sungguh silap tindakan melulu kau memberi peluang untuk aku masuk dalam duniamu dan membongkar segala misteri yang tersembunyi.

Rekaan setiap cerita sedikit pun tidak mahu aku mengetahuinya kerana ia membunuh setiap sifat matang dalam diri sendiri. Permulaan menjadi klimaks menunjukkan kau kurang bijak untuk mereka-reka cerita. Kau bangga dengan cerita dengan terhias indah tapi kau lupa muslihat untuk menyedapkan cerita. Seperti kau membuat jeruk tanpa gula dan garam, hambar...

Buat kali ini, syabas aku ucapkan, kecerdikan yang kau fikirkan untuk menjatuhkan aku ternyata tidak memberi apa-apa erti malah tidak menjatuhkan aku sedikitpun. Cuma aku kesian melihatmu berangan-angan atas kayangan bagaikan mat jenin menunggu pulangan untung dari apa kau kerjakan.

"Terima kasih membaca"

Dulu, jujurnya aku mencari cinta sejati sesama makhluk sebagai tuntutan. Tenyata, ianya membinasakan aku, mematikan akal dan jiwaku kepadaNYA yang satu. Keresahan tiada membawa sebarang erti  malah membawa aku hanyut jauh daripadaNYA, aku benci perasaan yang membuatkan aku semakin jauh dan jauh daripadaNYA. Aku dahagakan ketenangan. Ketenangan yang hakiki bersamaNYA. Aku memilih untuk hidup sebegini jika ini adalah salah satu jalan yang mendekatkan aku kepadaNYA.

ALLAH, aku memuji dia kerana aku kagum dengan penciptaan ALLAH yang amat luar biasa, menjadikan dia serba lengkap di mataku. Perasaanku hanyut dengan kacak wajahnya. Tapi, itu bukanlah kebahagiaan yang aku cari selama ini. Bukan impian yang aku dambakan. Perasaan itu membunuh aku dalam diam.

Aku terjaga dari mimpi setelah aku lalai dengan mimpi dunia. ALLAH, sekali lagi aku panjatkan Alhamdulillah atas semua dugaan yang menimpa membawaku bersamaMU semula. Syukran YA RABBI dengan zat yang satu.

"Terima kasih membaca"