Translate

Monday 21 November 2011

Awan berkelompok hitam itu kelihatan seakan-akan mengejar bulan yang cerah cahayanya sungguh waktu itu subuh melabuhkan tirainya. Di segenap hati yang terdalam, jiwa bertambah resah melihat sang bulan tidak mampu berbuat apa-apa, hanya mampu mendiamkan dirinya untuk ditutupi sang ablasa.

Seketika, kebuntuan menjadi raja selama tiga hari hanya kerana "dia" yang hinggap dalam jiwa. Kiranya, kehadirannya mematahkan semangat juang yang aku sanjung selama ini. Hujan turun renyai-renyai menitis keseluruhan kepala membuatku tersentak agar aku harus bangun dari segala mimpi ini. Mimpi yang tiada memberi sebarang erti, mimpi yang membawa aku hanyut dalam keseronokan.

Hati memberontak untuk terus bangkit. Kata-kata yang aku lontarkan cukup menjatuhkan kau ke dalam genggamanku atas apa yang kau kerjakan dulu. Aku gembira penuh kesyukuran. Kau tidak mampu berkata apa-apa lagi. Perkiraanmu, kata-kataku benar dan kena pada tempatnya, kesesuaian denganmu. Kau seharusnya melihat kalam ALLAH, bukan melihat tintaku.

"Terima kasih membaca"

6 comments:

  1. Syukur aku tidak bermimpi lagi....;)

    ReplyDelete
  2. (",)... mahu segera melihat kalam Allah.. (",)

    ReplyDelete
  3. Kekadang manusia jadi wasilah penyampai atau mengingatkan tentang kalamNya.

    Jzkk.

    ReplyDelete
  4. As : Ilmu ALLAH itu luas. Pelbagai cara disampaikan. Dengan ilmu juga kita tahu ilmu itu dapat disampaikan.

    ReplyDelete