Translate

Sunday 14 September 2014

Lagu kematian

      Bila terdesak, kala butuh sangat pertolongan, walaupun teman rapat atau jauh, tiada siapa yang ingin menolong melainkan ibu bapa sendiri. Saat itu, saya tahu betapa berharganya hidup dengan adanya ibu bapa di sisi, yang mendengar keluh kesah di cabang dunia yang semakin mencabar ni.

      Kezaliman dengan teriakan suara keras membuatkan orang yang kita sayang menjauhkan diri. Sahabat  dan teman butuhkan wang. Wang menjadi satu jaminan kebahagiaan, kepercayaan dan didekati. Apabila telah menjadi peminta sedekah, mana pun orang sekeliling memperkotak-katikkan dengan membuat seseorang menunggu setiap detik supaya dibantu.

      Di kala itu juga, barulah saya sedar alasan sengaja dibuat, masa sentiasa dilalaikan, mereka tidak peduli apa pun yang berlaku, yang penting mereka telah merasa sangat berjaya dengan perasaan dan masa.

      Seperti mana pedang samurai telah menghunus hati si Ali, dihunus lalu dipusing-pusingkan pedang samurai, dibelah sebaris-baris dari kepala ke kaki. Aahh puas....Apabila imaginasi bercampur baur dengan kemarahan, apa pun boleh jadi.

" Ali, aku nak pinjam duit boleh? cukup bulan aku ganti", kata si Ahmad.
" Boleh je, nanti aku transfer kat kau..."

Maka, Ahmad pun menunggu sambil di-check-nya telefon bimbitnya sampai ke petang. Ahh Ali, kau telah memalukan maruah aku dengan menjadi penunggu dengan meminta sedekah.

" Ali...."
" Sabar le Ahmad, nanti aku transfer lahhh, aku busy ni...."

" Ali !!!! Kau sahaja menempah nahas....", dengusan si Ahmad kuat.

Lalu dikhabarkan Ali tragis dengan kemalangan jalan raya...

Dialunkan lagu kematian dengan bayangan Ali melambai-lambaikan tangannya agar dilihat...

"Terima kasih membaca"