Translate

Sunday 29 April 2012

Suami

Kesamaran dan kelabu kehijauan, di sebatang jalan yang tiada ketahui di mana penghujung. Pokok-pokok tirus yang bercabang tanpa bentuk tiga segi gemalai berdiri di bahu jalan. Nampaknya hanya sebatang di sebuah foto. Membelakangi kamu. Terserlah sebuah cahaya dari jasad kamu. Pokok yang lainnya menampakkan sehasta ruang diantaranya. Aku tahu kamu akan teguh berdiri untuk menunggu di situ. Menunggu dengan penuh senyuman, yang membuatkan sesiapa riang memiliki kamu. Cuma satu kepercayaan dan yakin terciptanya kamu untuk aku. Tiadalah yang mengenali engkau melainkan ALLAH. Hanya ALLAH.

Kemunculan untuk masa depan. Maka, setiap yang mengalir deras di pipi lembut kemerahan kerana terlalu banyak mengingati kamu. Setiap jari dan lengan yang tekap di muka betapa besar perlu dikorban masa untuk penciptaan sebuah kesabaran. Tahu untuk menghargai, tahu untuk menilai dan tidak tahu untuk membandingkan  kerana faham sangat betapa bernilainya diri kamu itu untuk manusia seperti aku. Seperti mana aku faham sangat betapa bernilainya aku.

Setiap yang diberi selain kamu mengajar untuk memberi, berkongsi agar satu hari nanti keikhlasan penuh tulus hanya untuk ALLAH dan kamu. Memimpin erat menyusuri bersama untuk kebahagiaan hakiki seperti yang telah dijanjikanNYA.
Aku faham sangat kamu menunggu aku. Setiap ungkapan sabar tidak lekang di mulut dan bisikan hati.

Langit membiru tanpa awan. Musim kemarau bakal tiba. Kemarau hati.
Suram awan menutupi bulan sabit. Suram jiwa.

Berharap kehadiran setiap rangkulan kasih sayang memujuk hati yang telah lama menunggu. InsyaALLAH, semakin kuat dan teguhnya jiwa saat kamu hadir. Denai mengalir setiap urat-urat hati. Layak kamu dan aku menerimanya nanti.

Untunglah...

"Terima kasih membaca"

Saturday 21 April 2012

Kepunyaan ALLAH

Di lorong kecil yang menghubungkan pagar jalan besar dan jalan kecil, wujud sebuah gerai kecil mempunyai 2 batang payung berwarna-warni. Pelbagai kuih muih yang ada, tetapi di antara banyak-banyak kuih, goreng pisang warga emas itulah yang paling laris sekali. Dahulu, sering juga membeli pada setiap petang.

Sejak suatu petang yang lalu, melihat kelibat 2 orang berpakaian polis menghalau warga emas yang berpangkat nenek dan datuk itu, kemunculannya hanya sekali dua, itu pun di seberang jalan sana dan lenyap selepas itu. Tidak tahulah ke mana warga emas itu menghilang dan kini aku ingin memberitahu, aku rindu goreng pisangnya.

Goreng pisangnya apabila sejuk sekalipun, ianya tidak menjadi keras. Malah masih fresh dan berminyak cair di tekak dan menikmati kelazatannya tidak lekang hati mengucap Alhamdulillah..

Seperti hari ini, aku melihat kamu ramai-ramai bersamaku. Esok lusa, ALLAH tidak izin, maka, tiada kita bertemu lagi. Semoga penulisan aku menjadi pengajaran untuk sezaman aku dan selepasnya. Jika, adalah satu sindiran, aku hanya mengira-ngira dan memperolok-olokkan dan tiada terjauh dari menganiaya diri sendiri. Maafkan aku semua. Semoga ALLAH kasih dengan setiap penulisan aku tidaklah setinggi Merong Mahawangsa, tidaklah sehebat Al-Quran.

Satu yang ingin dihubungkan antara babak dengan kejayaan. Yuna menyanyi di San diego, Farah Lee bergambar dengan Ally Iskandar berlatarkan pemandangan mewah dengan alam. Farah Lee memakai tudung sungguh berfesyen tetapi masih menutup aurat. MasyaALLAH, indah...

Petang yang terang, seperti biasa, aku faham dengan perasaan melonjak riang. Aku faham antara realiti dan fantasi. Astaghfirullahhalazim, yakin dengan bayangan fantasi antara otak dan fizikal kehidupan. InsyaALLAH, ALLAH akan menolong dengan keyakinan yang berkubur di hati. Keyakinan adalah seluruh keimanan, sabar itu separuh dari iman.

"Terima kasih membaca"

Tuesday 17 April 2012

RIAK

Lazim, sebelum azan subuh, tertarik melihat bulan yang tidak kiralah penuh, separa penuh, ataupun anak bulan. Satu orbit yang berwarna kemerahan mengorbit bulan. Apabila azan subuh berkumandang, maka atmosfera berubah, orbit kemerahan hilang ditelan masa. Masa mencuri kecantikan.

Di sebalik jendela, sambil berbaring dan mata memandang ke langit membiru, awan keputihan suci berbunga-bunga bergerak ke arah utara, seumur hidup, tidak perlu satu pembalikkan berlaku dengan pergerakkan ini.

Semakin ranting pokok meninggi menujah ke langit, tiada satupun daun-daun yang berbaki. Semakin hari, ranting tirus itu rapuh separuh membentuk objek sedang rukuk dalam solat. Apabila ALLAH mengizinkan,  ranting itu jatuh dan sujud ke atas tanah. Akhirnya, tanah memamah jasad ranting tanpa bersisa. Segala sesuatu yang meninggi tidak kiranya manusia atau alam, maka bersaksikan alam juga akan tumbang.


Bagaimana dengan keriangan? Aneh menapak ke portal. Keriangan dan gementar terikat rapi. Membaca buku maya kejayaan menaikkan semangat, merasakan kehidupan kejayaan di dunia bukan di akhirat.

Dengan suasana dan rasa alam, pejam mata dan merasai. Rasai setiap satu pergerakan sekeliling kamu menunjukkan kesombongan. Muncung dipanjangkan dan ke bawah. Mata dibuat-buat kuyu kononnya personaliti sedemikian adalah seorang yang bijak pandai. Muka masam mencuka. Berhentilah bermain teater, berhentilah memperolok-olokkan diri sendiri. Diam sebegitu tidak memberi apa-apa maksud, jangan difikir adalah satu kebaikan untuk semua. Jauh memandang ke sudut lain, hatiku tenang dan puas. Setiap kemurungan muka aku balas dengan satu senyuman untuk diri sendiri. Masa berlalu, akhirnya dia berubah, berubah menjadi aku. Serba serbinya diikuti. Beg bertali panjang itu mencorakkan diri kau dan aku.

Coklat kisses lambang kemewahan kepada sesiapa yang memakannya. Coklat bar dihabiskan dan disimpan berstok di dalam beg menunjukkan kehebatan sesiapa yang memakan, mereka akan taksub dengan kamu.

Gaya berjalan dengan tapak kaki tidak sepenuhnya menjejak tanah, pandangan adalah kamu yang terbaik.

Kad bermacam-macam jenama disimpan di dalam dompet, sedangkan telah luput tarikhnya. Betapa megahnya mampu memiliki.


Melakukan haji seperti satu keadaan di padang masyar. Masing-masing dengan urusannya. Membawa tekad yang satu, usaha mesti dioptimumkan supaya mabrur dapat dicapai. Takutlah kepada ALLAH, insyaALLAH, ALLAH akan menolong. Berbekalkan semaksima mungkin agar pembahagian yang baik dan dipermudahkan di sana. Pembalasan dunia dihitung dengan cepat dan tepat tidak sama di tanah halal. Mohon yang terbaik untuk kalian. Terbaik untuk kalian, kesyukuran dan doa kalian terbaik juga untukku. Belajar pada alam untuk memperbaiki diri sendiri.


"Terima kasih membaca"

Thursday 5 April 2012

Pelbagai

Berpaksikan bulan sebagai saksi, wujudlah persahabatan. Setiap pegangan yang diperkatakan diikat erat-erat. Bintik-bintik hujan pegun di atas kaca, semakin banyak titisan wujud, membentuk satu jisim yang boleh bergerak meliuk-liuk mengikut kepantasan angin. Kepantasan angin tidak mampu untuk menerbangkan jisim, jisim tersebut membaham titisan pelbagai saiz, membesarkan dirinya. Betapa besar titisan mampu membesar, ALLAH tidak izin, jatuhlah menyimbah bumi. Satu senyuman terukir menandakan betapa besar dan berkuasanya sesuatu, akhirnya akan jatuh apabila riak tidak mahu menuruti apa pun suruhan ALLAH.

Riak mengetahui sedikit ilmu ALLAH. Bangga menyatakan tiada siapa yang mengajar, dengan sendirinya mengetahui. Sedangkan Nabi Adam a.s diajar ALLAH dengan nama benda. Maka, para malaikat sekalipun tidak mengetahui nama benda tersebut tanpa kehendakNYA.

Pen mahu menulis, coretan tidak dihabiskan. Dikumpul sehingga ALLAH mengizinkan untuk dihabiskan. Tiada tinta yang ditulis menjadi beban yang tidak berkesudahan, mengingati masalah remeh sudah selesai dalam hidup, membohong diri sendiri bahawa tiada yang selesai. Masa berlalu, aku masih berada di tempat yang sama tanpa perubahan masalah. Penungguan dari segi ini adalah sia-sia. Coretan diperlukan untuk dihabiskan.

Sesuatu yang berat mahupun remeh yang ditangguh di alam nyata terbawa-bawa ke alam mimpi. Otak menjalankan fungsi untuk menyelesaikan sesuatu yang tiada selesai sebelum tidur. Tiada semua yang boleh diselesaikan, layangkan jari-jemari untuk mengurangkan dan menyelesaikan.

Sekatan demi sekatan otak diterima. Ia pergi dan kembali tanpa berkala. Semua ini keizinanNYA.

Suatu petang, hati melonjak ingin bebas, melihat alam dengan seronok, aku dipenjara dengan tugas yang bertimbun. Aku wujudkan hidup di dua dunia. Antara ilusi dan nyata. Otak membayangkan sewaktu mata celik. Kereta meluncur di jalan lurus, kiri dan kanan rumah kampung tidak kiralah sama ada rumah kayu ataupun rumah batu berdiri di atas tanah landai. Matahari petang sayup-sayup kelihatan penjuru di celah-celah rimbunan pepohon yang rendang. Lelaki bermotosikal menyusuri jalan kecil tanpa bertar di antara pohon kelapa sawit. Bagaikan aku menaiki motosikal itu, rasa alam. Indah. Pandanglah ke langit membiru dihiasi beberapa kelompok awan memutih suci. Teringat akan cerita doraemon hidup di atas awan yang menjadi kegilaan aku berfantasi waktu kecil. ALLAH izinkan aku merasai semua ini semula.

Pernah satu ketika, tercampak ke sebuah tempat asing seperti kehidupan di zaman Jurassic Park, celah-celah sebaris pepohon kelapa sawit yang tinggi sebesar dinasour dengan hamparan langit putih sebagai background. Suasana yang suram, kelam, dan kelabu tidak sedikitpun menceriakan, malah wujud kehidupan terasing penggambaran kesedihan tanpa hujung. Alunan muzik "Lamunan Terhenti" nyanyian Aris Ariwatan sebagai lagu latar.

Maka, wujud suasana baru di mana sinar matahari yang berwarna oren melalui sebuah tingkap nako di dalam bilik mandi, seorang lelaki berbaju membiarkan bajunya basah disirami air pancut kerana terlalu tertekan dengan kesudahan cinta. Lalu, lelaki itu menyanyikan lagu lamunan terhenti tadi. Imbauan kembali kenangan lama si lelaki dengan bekas wanitanya yang "free hair". Gadis tadi berbaju kurung kain "cotton" berbunga kecil yang kusam. Lalu, lelaki itu pun ditinggalkan orang teman wanitanya di tengah malam yang cuma ada sebatang lampu neon.

Dahulu, jika aku pulang ke kampung untuk waktu yang lama. Apabila sampai ke rumahku semula. Ada satu rasa keganjilan. Rumah yang terang disinari cahaya putih matahari masuk ke dalam rumah. Rasa kurang selesa kerana hidup di dunia lain, bukan rumahku syurgaku.

Menjawab soalan peperiksaan dengan alunan muzik yang dicipta. Tanpa suara. Fikiran memikirkan kejayaan. Kerap kali keadaan membohong. Sahaja menunjukkan asyik menjawab dengan kepura-puraan mengetahui semua jawapan hanya tiada memberi sebarang erti. Cukup masa, kecundang.

Alunan piano dalam suasana pink, seorang kanak-kanak  dalam kesedihan bermain piano menunggu seorang jejaka yang pernah bersamanya dahulu. Sebuah pagi, terdapat sebuah rumah terpencil di dalam hutan, lohong atap rumah berasap, di depan rumah kecil poly pocket itu wujud sebuah denai kecil. Airnya jernih turun dari atas gunung.

Memukul perilaku kehidupan tanpa meninggalkan kesan. Hidup dengan kenyataan dan nyata. Bukan lamunan.

"Terima kasih membaca"