Translate

Wednesday 15 February 2012

Ujian

Ujian yang semakin hari semakin hebat mengikut tahap kesabaran. Ada yang berputus asa, menyerah pada nasib qada dan qadar. Maka, pada percakapan jelas menunjukkan apa yang terlintas di pemikiran. Pelbagai fakta yang berbeza-beza menunjukkan siapa diri yang sebenarnya. Di pihak kebenaran ataupun sebaliknya. Atau kamu hanya mengira untuk faham lain dari apa yang disampaikan. Tidak bertanya sesat jalan. Sensitiviti itu penting untuk kamu fahami sebaiknya apa yang disampaikan. Percaya pada ALLAH Subhanawataallah dan diri sendiri dahulu.

Kenyataan yang diambil positif mengundang kemenangan dan ketenangan. Itu yang jelas. Percaya dengan janji ALLAH. Itu yang sepatutnya. Bagiku, satu perjalanan penungguan memerlukan kesabaran yang tinggi, total secara jelasnya ramai disekeliling telah menyerah tanpa bertarung di medan peperangan jiwa. Usaha yang mampu dilakukan walaupun tiada drastik dan memakan masa yang lama mengecop bulat-bulat akan mutlak sebuah kesabaran. ALLAH didik baik-baik kesabaran atas kekerasan hati. Meskipun, dirasakan besi itu keras. Tahukah hatimu lebih keras daripada besi? Memerlukan masa yang panjang untuk didikan. Maka, kalau lembut, lagi lembut dari sutera. Itulah jiwa, tiada nampak zahirnya tetapi dapat dirasakan seluruhnya. Hanya ALLAH yang beri rasa, hanya kamu yang dapat rasa dalam hati.

Apa yang dirasakan, semakin lama, semakin yakin dan percaya pada ALLAH. Yakin akan dapat walaupun lambat. Rezeki ALLAH sudah tetapkan untuk setiap makhluk. Ada yang diberi kelebihan seiring dengan kelemahan. Ada yang lebih sini, yang kurangnya di sana. ALLAH itu MAHA ADIL.

Justeru, pandanglah kelebihan orang dengan kehebatan ALLAH beri padanya. Bukan dengan kehebatan orang, harus dirasakan lemah. Kamu dengan dia sama sahaja. Kamu tiada tahu dan tiada kelebihan melainkan atas petunjuk ALLAH terhadap ilmuNYA. Dia mendapat lebihnya di situ, maka dikurangkan di sudut yang lain. Begitu juga dengan kamu, saya dan semuanya. ALLAH MAHA ADIL kepada yang melihat.

Oleh itu, lihatlah di celah awan yang seakan peta, ada nur cahaya rembulan. Mengambang dan sfera. Sungguh, nur itu ditutupi peta awan, masih ada nur yang menjangkaui di celah-celahnya. Begitulah, dengan perumpamaan hati, iman dan nafsu.

"Terima kasih membaca"

Sunday 5 February 2012

Cinta

Manisan yang lebih manis dari coklat, masuk ke dalam tekak lalu melekat di situ seketika tanpa air liur. Lalu coklat tadi mengalir ke perut seperti makanan yang lainnya. Seperti mana yang berguna, diserap salur darah untuk penerusan hidup, maka yang tidak diperlukan dibuang dari badan.

Justeru, kata-kata yang baik diambil sebagai pengajaran, yang lainnya dimuntahkan otak seperti imaginasi kau membalut masalah dalam satu bungkusan furoshiki sepadat mungkin sekecil batu lalu mencampakkannya ke laut. Antara hamparan furoshiki terbuka di laut lalu terapung dan dibawa sejauh mana kehidupan ombak, berakhir dan melahirkan. Maka, seperti tiada pengakhiran yang berlalu dengan masalah, silih berganti walaupun kau berjaya menghapuskan dari sisa kehidupanmu tetapi yang lainnya menghadapi semula apabila terkena hamparan tadi. Cuma, yang membezakan keadaan sekerang dan masa sejauh mana ombak berakhir.

Bungkusan yang merupakan racun membawa pelbagai penyakit. Pembunuh senyap yang memakan dalam-dalam sedikit demi sedikit sehingga tiada tersisa sedikitpun. Matilah dengan tiada manfaat dan sia-sia. Tertipu dengan fizikal racun yang dipandang sedap dan kunyahannya cair dalam kerongkong serta lazat.

Kepercayaan terhadap bayangan malam sebagai gambaran kehidupan akan datang. Di mana sebagai satu petunjuk yang tiada kejelasan dari ALLAH. Fikiran membaca ALLAH MAHA BESAR,  memegang semuanya tanpa satu pun tertinggal. Dahulu, sekarang dan selepasnya. Maka, akal haruslah bijak supaya tidak tertipu dengan bayangan malam tanpa kebenaran. Mainan tidur dengan bisikan, belaian dan alunan muzik yang mengasyikkan sesiapa sahaja dari musuh tersembunyi dari tanpa kewujudan manusia dan selamanya.

Penungguan adalah satu penyeksaan jika tiada kesabaran. Kesabaran sebenar tidak akan wujud tanpa ketulusan iman.

Pilihan yang terbaik di antara yang terbaik. Sudah pasti memilih yang paling terbaik bukan. Satu yang harus dipilih semoga tiada penyesalan. Pertikaian dengan tiada ilmu hanya membazirkan masa dan air liur. Tiada apa yang dapat melainkan kesakitan hati. Oleh itu, kadang kala kecerdikan harus dilampirkan dalam diam. Banyakkan mendengar dan melihat lalu simpan dalam otakmu, buang jika tidak perlu.

"Terima kasih membaca"