Translate

Wednesday 15 February 2012

Ujian

Ujian yang semakin hari semakin hebat mengikut tahap kesabaran. Ada yang berputus asa, menyerah pada nasib qada dan qadar. Maka, pada percakapan jelas menunjukkan apa yang terlintas di pemikiran. Pelbagai fakta yang berbeza-beza menunjukkan siapa diri yang sebenarnya. Di pihak kebenaran ataupun sebaliknya. Atau kamu hanya mengira untuk faham lain dari apa yang disampaikan. Tidak bertanya sesat jalan. Sensitiviti itu penting untuk kamu fahami sebaiknya apa yang disampaikan. Percaya pada ALLAH Subhanawataallah dan diri sendiri dahulu.

Kenyataan yang diambil positif mengundang kemenangan dan ketenangan. Itu yang jelas. Percaya dengan janji ALLAH. Itu yang sepatutnya. Bagiku, satu perjalanan penungguan memerlukan kesabaran yang tinggi, total secara jelasnya ramai disekeliling telah menyerah tanpa bertarung di medan peperangan jiwa. Usaha yang mampu dilakukan walaupun tiada drastik dan memakan masa yang lama mengecop bulat-bulat akan mutlak sebuah kesabaran. ALLAH didik baik-baik kesabaran atas kekerasan hati. Meskipun, dirasakan besi itu keras. Tahukah hatimu lebih keras daripada besi? Memerlukan masa yang panjang untuk didikan. Maka, kalau lembut, lagi lembut dari sutera. Itulah jiwa, tiada nampak zahirnya tetapi dapat dirasakan seluruhnya. Hanya ALLAH yang beri rasa, hanya kamu yang dapat rasa dalam hati.

Apa yang dirasakan, semakin lama, semakin yakin dan percaya pada ALLAH. Yakin akan dapat walaupun lambat. Rezeki ALLAH sudah tetapkan untuk setiap makhluk. Ada yang diberi kelebihan seiring dengan kelemahan. Ada yang lebih sini, yang kurangnya di sana. ALLAH itu MAHA ADIL.

Justeru, pandanglah kelebihan orang dengan kehebatan ALLAH beri padanya. Bukan dengan kehebatan orang, harus dirasakan lemah. Kamu dengan dia sama sahaja. Kamu tiada tahu dan tiada kelebihan melainkan atas petunjuk ALLAH terhadap ilmuNYA. Dia mendapat lebihnya di situ, maka dikurangkan di sudut yang lain. Begitu juga dengan kamu, saya dan semuanya. ALLAH MAHA ADIL kepada yang melihat.

Oleh itu, lihatlah di celah awan yang seakan peta, ada nur cahaya rembulan. Mengambang dan sfera. Sungguh, nur itu ditutupi peta awan, masih ada nur yang menjangkaui di celah-celahnya. Begitulah, dengan perumpamaan hati, iman dan nafsu.

"Terima kasih membaca"

9 comments:

  1. tak perlu putus asa, InsyaAllah...kita harus selalu yakin pada Allah swt

    ReplyDelete
  2. pesanan yang akan diingat. terima kasih walaupun tak tertuju. :)

    ReplyDelete
  3. Yatie Awang : Untuk akak juga :)

    Nveil : Sama-sama mengingatkan. Tanggungjawab bukan walau secebis. :)

    ReplyDelete
  4. tanamkan keyakinan pada Ilahi..

    InsyaAllah hati kn tenang n redha gn apa yg terjd..:)

    tq yaa ats perkongsian ilmu di sini..:)

    ReplyDelete
  5. ujian itu salah satu wujud cinta ALLAH kepada hamba-NYA,
    karena janji ALLAH sudah pasti..sesudah kesulitan ada kemudahan kebahagiaan :-)

    ReplyDelete
  6. setiap ujian pasti membawa kita untuk mengingati-NYA.

    ReplyDelete
  7. Iya, jangan sampai tersalah pilih

    ReplyDelete
  8. Doa perlu seiring dengan usaha. Jarang sekali peroleh rezeki yang datang menggolek. Syukur dengan apa yang ada

    ReplyDelete