Translate

Thursday 8 March 2012

Situasi

Jika memandang ke luar, nampaklah dunia yang penuh dengan permainan. Jika kau pandang persekitaran lalu masukkan ke dalam matamu maka terlihatlah segala realiti dunia. Nampak hidup, bernafas malah kaku sendirian lalu memerhatikan sekeliling hanya kau yang hidup. Sekeliling cuma ilusi. Masa untuk kau sendiri duduk di situ seakan terhenti. Justeru, memerlukan masa seketika selepas itu untuk bangkit hidup dalam ilusi. Itulah dunia.

Seakan deria.

Bagaimana pula dengan ramalan? Memerhatikan bintang di langit petanda cuaca keesokkan harinya. Cerah atau hujan. Bagaimana jika kau percaya lalu ianya tiada menjadi? Percayalah rahmat dari setiap titisan yang turun adalah anugerah. Kuasa ALLAH haruskah dipertikaikan dengan ramalan? ALLAH lagi MAHA HEBAT dari itu.

Ingat, aku memilihmu kerana solat, jika kau berpaling, maka jangan disalahkan aku menjauhi kamu. Tuntutan agama itu penting. Telah menjadi kewajiban untuk menjalankannya. Maaf, tidak sanggup secara berterusan aku menganiaya diriku dan bersubahat atas kezaliman. Kau dan aku sama, punyai dosa. Jangan ditambah yang telah ada. Cukup, terbeban aku saban hari dengan dosa. Berat bahu dan kepalaku memikulnya.

Banyak persoalan yang tiada harus dijawab. Dengan beberapa patah perkataan mampu memberi jawapan untuk semuanya. Jika melihat diam. Fahamilah, telah aku berbicara sebelumnya. Banyak cakap tambah murka..

Merasai kesenangan sekejap yang bukan memiliki adalah ujian. Jiwa tandus dengan pertumbuhan benih kasih sayang, maka kau semakin lupa, jauh meninggalkan kesedaran diri, bumi di mana kau berpijak untuk bangkit. Lalu ALLAH tarik baik-baik, pimpin jiwamu dengan rendang kasih sayangNYA. Jika situasi menjadi roda, maka berterusan menjadi sama tanpa belajar darinya. Jadikan situasi itu roller coaster dalam hidup, ada pasang surut, turun naik untuk mencapai ke destinasi.

"Terima kasih membaca"

8 comments:

  1. Nice... Selamat hari wanita..

    ReplyDelete
  2. Cik dwaty. Selamat untuk cik juga :)

    ReplyDelete
  3. Lama tak singgah sini.
    Hidup macam roda selalunya kat bawah. KetentuanNya untuk sokong yang atas. Nanti sampah depan rumah orang kaya siapa nak buang; rumput nanti jadi lalang tiada siapa pula nak mesinkan.

    ReplyDelete
  4. Encik EmpayarUtama : Betul. Saya sokong.

    ReplyDelete
  5. roda kehidupan terus berputar, jalani hidup dengan rasa syukur dan selalu intropeksi diri untuk menjadi lebih baik, semoga hari esok bisa menjadi lebih baik dalam pandangan ALLAH di dunia dan di akhirat..salam :)

    ReplyDelete
  6. BlogS of Hariyanto : roller coaster ada roda. thanks teman membuat saya berfikir.. Terima kasih...

    ReplyDelete
  7. Fuad Ansari berkata

    c) Bersetubuh dengan seorang gadis yang anda tidak kenali yang juga merupakan saudara Islam anda.

    ala ko ni merapu... ko melancap je la kat internet.

    mana ko ada can nak bersetubuh dengan perempuan. fantasi je.

    Kalau ada perempuan yang sanggup bersetubuh dengan ko nasib baiklah..

    muahahah..

    soalan2 dungu.

    cari gf bro dari merapu kat internet.

    Sengaja menggatal di internet.

    Memanglah bersetubuh jawapan yang dipilih. malu2 kucing tapi mahu. Bersetubuh itu seronok tak raja tu bodoh bagi keseronokan.

    Lain kalau raja tu sunat ko Fuad hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya adalah, dalam keadaan darurat (seperti terdampar di sebuah pulau bersama dengan seorang perempuan dan bagi mengelakkan zina) dibolehkan utk mengajak perempuan tersebut berkahwin atas persetujuan bersama...

      itu kata2 dan teka-teki dari seorang ustaz dalam menjawab persoalan feqah...

      kita jangan jadi terlalu lurus dalam memahami satu2 perkara..

      semoga Allah swt memberikan sy dan tuan kefahaman yg lebih baik..

      Delete