Translate

Tuesday 10 November 2015

Syabas!

Pengisian itu ada bila diperlukan. Bertahun lamanya, perlu atau tidak perlu itu kita yang pilih. Mahu atau tidak itu adalah pilihan. Ada kala merasa perlu untuk dahulu, mengapa? Semakin jauh pergi, semakin kehilangan. kehilangan masa untuk muhasabah diri, untuk sendirian....

Untunglah mereka yang mampu mengekalkan saat ini detik ini, tidak berganjak... masih menulis dan tetap menulis. Walau rambut telah memutih, jiwa tetap sama, tiada yang berubah..

Syabas! 

"Terima kasih membaca"

Saturday 6 June 2015

Pelengkap

Telah ku tahu langkahnya di mana tetap jua ku memilih jalan yang lain sepertinya aku mengira bahawa dalam usaha dan kesempatan yang dicari akan membuahkan hasil, malah sebenarnya aku tiada mendapat apa-apa melainkan kegelisahan.

Pelengkap kehidupan jiwa-jiwa yang sepi merasakan bahawa pelengkap itu adalah kebahagiaan, malah masakan aku tahu ianya bahagia sedangkan aku belum menempuhnya lagi. Aku seakan-akan dibohongi dengan keadaan dan wajah-wajah gembira bertopengkan kesedihan.

Persediaan yang belum cukup antara sebab situasi itu belum sampai.

Berbaliklah kepada jiwa yang asal agar sedar di mana asal usul dahulu dan sehingga apa yang ada sehingga hari ini.

Topeng ketawa di sebalik kesedihan,

Sendiri itu lebih memberi makna.

Sesak mencari.

Kini aku harus sepi.

"Terima kasih membaca"

Sunday 14 September 2014

Lagu kematian

      Bila terdesak, kala butuh sangat pertolongan, walaupun teman rapat atau jauh, tiada siapa yang ingin menolong melainkan ibu bapa sendiri. Saat itu, saya tahu betapa berharganya hidup dengan adanya ibu bapa di sisi, yang mendengar keluh kesah di cabang dunia yang semakin mencabar ni.

      Kezaliman dengan teriakan suara keras membuatkan orang yang kita sayang menjauhkan diri. Sahabat  dan teman butuhkan wang. Wang menjadi satu jaminan kebahagiaan, kepercayaan dan didekati. Apabila telah menjadi peminta sedekah, mana pun orang sekeliling memperkotak-katikkan dengan membuat seseorang menunggu setiap detik supaya dibantu.

      Di kala itu juga, barulah saya sedar alasan sengaja dibuat, masa sentiasa dilalaikan, mereka tidak peduli apa pun yang berlaku, yang penting mereka telah merasa sangat berjaya dengan perasaan dan masa.

      Seperti mana pedang samurai telah menghunus hati si Ali, dihunus lalu dipusing-pusingkan pedang samurai, dibelah sebaris-baris dari kepala ke kaki. Aahh puas....Apabila imaginasi bercampur baur dengan kemarahan, apa pun boleh jadi.

" Ali, aku nak pinjam duit boleh? cukup bulan aku ganti", kata si Ahmad.
" Boleh je, nanti aku transfer kat kau..."

Maka, Ahmad pun menunggu sambil di-check-nya telefon bimbitnya sampai ke petang. Ahh Ali, kau telah memalukan maruah aku dengan menjadi penunggu dengan meminta sedekah.

" Ali...."
" Sabar le Ahmad, nanti aku transfer lahhh, aku busy ni...."

" Ali !!!! Kau sahaja menempah nahas....", dengusan si Ahmad kuat.

Lalu dikhabarkan Ali tragis dengan kemalangan jalan raya...

Dialunkan lagu kematian dengan bayangan Ali melambai-lambaikan tangannya agar dilihat...

"Terima kasih membaca"

Tuesday 3 June 2014

Abai

Merasai senyap selalu, lebih menyenangkan, seperti  hirup udara yang segar di padang rumput muda.

Lain pula mempunyai kasih sayang menjadikan jiwa biasa-biasa saja. Merasai selamat dan kekal, punya banyak waktu untuk diri sendiri, abaikan sejauh mana telah merangkak.

Kehilangan dan sedikit tergugat menjadikan jiwa bagai direntap sedikit demi sedikit. Senyap, sunyi dan kelam.

Penggemar makanan merana dengan memakan tulang belulang sendiri.



Letih.... kurang efisiensi kehidupan.



Bangkit dari mana "berhenti dahulu" dengan harapan saling mengingati.

"Terima kasih membaca"

Friday 31 January 2014

Perempuan yang paling sejati itu duduk bersimpuh berpakaian batik lepas, telah menjadi lumrah alam gadis itu menjadi pujaan jejaka-jejaka bujang. Lelaki yang menjadi pilihannya adalah dalam kalangan yang sejati sepertinya. Maka, kelembutan gadis itu disyairkan menjadi lagu



Adapun memilih yang sejati dan bertanggungjawab seperti mana hubungan mak ayah terdahulu, zaman pra melayu yang penuh keagamaan dan tatasusila. Modenisasi menjadikan segala kesejatian itu pupus.  Bau hapak di kampung, bau gadis menyunting bunga di telinga, merah bunga ros dijadikan pemerah pipi, kemboja dijadikan pewangi adalah yang paling asli dan sejati.

Kelembutan yang meneguhkan hati gadis, tidak mudah menyerah, jatuh dan penuh kesetiaan dan kesabaran.

Hidupnya sifat kegagahan di dalam setiap dada lelaki yang mengandungi perasaan untuk melindungi dan memiliki. Maka, dengan itu lagu ditujukan pada gadisnya




"Terima kasih membaca"

Friday 27 December 2013

Umum 2 perkara

Aku adalah manusia yang kurang alert dengan persekitaran aku. Maksudnya berita semasa jarang-jarang aku ambil tahu, gosip-gosip aku tak ambil tahu sangat. Sebab itu aku pendiam, hidup aku penuh dengan falsafah-falsafah yang aku sendiri sedar dan selesa tetapi kadang kala sesak dengannya.

Aku ambil peduli bunyi alam. Bunyi dengungan kereta yang jauh menggetarkan kesepian malam. Setelah 2 dekad baru aku tahu dari mana datangnya bunyi sebegini yang pernah aku persoalkan kepada ibu bapa yang tidak faham dan tahu maksudnya.

Cahaya seperti kilat pada malam kala semua orang tidur. Bunyi guruh tiada hujan. Tiada angin tiada kilat.

Obsesi terhadap lelaki bagi perempuan yang belum nikah. Tidak kesahlah sama ada hensem ke tak, tegap ke tak, sampai satu tahap, perempuan akan jadi gila obses dengannya. Walau meskipun kata-kataku ini keterlaluan. Itu adalah fitrah. Usah dinafikan apa yang dirasa.

Sesekali aku tidak berniat menjatuhkan semua wanita dengan statement begini. Lapangkan hati seluasnya, kelu lidah berbicara kelak.

Ada pun sesak dengan kewangan yang cukup-cukup guna sampai habis bulan, di mana wang dahulu boleh disimpan. Aku menjadi pembaca fakta falsafah tak sudah-sudah dan pendengar setia kepada alam yang masih boleh memberi.

Bersyukur pada punya masa dan ruang untuk SEDAR yang hari-hari aku menjadi sesak dan lali....

"Terima kasih membaca"

Tuesday 10 December 2013

Sumber

Manusia apa pun boleh jadi. Seperti hari-hari hendak jadi orang lain. Mana pun tetap akan jumpa kesempitan. Nak tetap nak juga.

Mana pun kehidupan kini adalah satu yang dipinta dari dulu. Belum cukup lulus untuk menempah satu kehidupan yang lebih baik. Duka itu kreatif, memancarkan setiap bait-bait yang menunjukkan sesuatu yang lain dari yang lain. Itu yang ingin orang lihat. Bener?

Ilmu yang dibaca adalah penghidupan akan datang yang lebih baik. Begitu pun zikir, panas dan membahagiakan. Kebahagiaan tanpa disangka. Dungu jika tahu mana kebaikannya masih punya masa untuk lengahkannya. Saban hari harus beringat-ingat.

Masalah membawa sesiapa ke mari, hilang mana bila lapang?

Draft tetap tidak merungkai jawapan. Bagaikan melegakan lelah seketika, statik malah bertambah masalah.

Tolong selesaikan apa pun yang dimulakan. Lakukan habis-habisan. Biar reda semua tanpa meraung.

Ada pun setiap kekurangan yang ada menjadikan manusia pencerita, suka berkata-kata dalam senyap. Ada pun apa yang tertulis adalah mirip 90% adalah pekaitan empunya.

Keikhlasan teman adakah dengan melihat post pertama blogger? :)

Hidup dengan fakta, fakta dan fakta. Dulu punya banyak masa untuk alam. Manusia lupa daratan. Adakah alam merinduiku? Angin...sampaikan rindu aku pada bulan, bintang besar tidak berkelip, matahari terbit dan terbenam...

Masa usah bermain-main denganku. Ayuh, kita jadi teman sejati.

"Terima kasih membaca"