Translate

Sunday 2 September 2012

MERDEKA!

Dulu, saat kematangan belum menguasai diri, sebelum tahu dan faham benar apa yang didambakan dan diimpikan, kamu tidak akan faham kemerdekaan sebenar dalam diri kamu. Punyai jiwa untuk jadi apa. Apa yang aku belajar selama berdekad-dekad, sambutan kemerdekaan adalah perbarisan penuh warna-warni dengan kakitangan berkolar putih yang menjadi kebanggaan negara dan diri mereka sendiri.

Seiringan dengan kanak-kanak dan para belia yang melompat-lompat Skyrunner, mengobarkan semangat keriangan yang tidak terhingga dalam diri betapa boleh lompat tinggi mencecah langit di hadapan barisan para pentadbir yang mengekalkan dan memajukan Malaysia.

Bagaimana kamu menyambutnya dengan kebanggaan? Lihat jiran kita sendiri Indonesia, apabila tiba waktu kemerdekaan, dengan megah dan bangganya mengenakan busana berwarna merah dan putih sahaja walau di mana mereka berada, tetap bangga dengan apa yang dia ada walaupun latar belakang penuh dengan liku-liku kemiskinan tegar.

Apa yang cuba disampaikan. Kesusahan membuatkan kamu tahu untuk menghargai dan mensyukuri tanpa perlu rasa malu menjadi bangsa Malaysia yang banyak mencalarkan negara itu sendiri dengan perbezaan  hubungan sosial mengikut peringkat usia. Kesusahan hidup mengajar kamu menjadi bangsa merdeka.

Menghargai dan mensyukuri setiap darah dan titik peluh yang tertumpah oleh nenek moyang kita. Mendalami dan menjiwai setiap keringat mereka ditambah dengan kesusahan hidup yang dialami kini menjadikan kita lebih bersyukur meraikan kemerdekaan tanpa perlu melawan penjajah.

Air mata yang tertumpah apabila melihat perbarisan penuh warna-warni, baru tahun ini dapat meratap sendiri apa sudah jadi dengan Malaysia. Membuat pelbagai alasan saban tahun kesibukan penyebab tidak dapat meraikan dengan hanya melihat dan menggambarkan sahaja. Adalah lebih baik disarankan apa perlu dibuat pada hari kemerdekaan? 

Memenuhi ruang-ruang media televisyen dan hubungan sosial dengan rancangan dan cerita para-para pejuang kemerdekaan dihubungkaitkan dengan apa yang para belia mahukan dapat membantu. Seperti belia mahukan perhatian dan kasih sayang dengan melayari ruangan hubungan sosial berjam-jam lamanya untuk berteman, terapkan nilai kasih sayang dengan perjuangan terdahulu. Belia penggerak bangsa!





"Terima kasih membaca"