Translate

Friday 27 December 2013

Umum 2 perkara

Aku adalah manusia yang kurang alert dengan persekitaran aku. Maksudnya berita semasa jarang-jarang aku ambil tahu, gosip-gosip aku tak ambil tahu sangat. Sebab itu aku pendiam, hidup aku penuh dengan falsafah-falsafah yang aku sendiri sedar dan selesa tetapi kadang kala sesak dengannya.

Aku ambil peduli bunyi alam. Bunyi dengungan kereta yang jauh menggetarkan kesepian malam. Setelah 2 dekad baru aku tahu dari mana datangnya bunyi sebegini yang pernah aku persoalkan kepada ibu bapa yang tidak faham dan tahu maksudnya.

Cahaya seperti kilat pada malam kala semua orang tidur. Bunyi guruh tiada hujan. Tiada angin tiada kilat.

Obsesi terhadap lelaki bagi perempuan yang belum nikah. Tidak kesahlah sama ada hensem ke tak, tegap ke tak, sampai satu tahap, perempuan akan jadi gila obses dengannya. Walau meskipun kata-kataku ini keterlaluan. Itu adalah fitrah. Usah dinafikan apa yang dirasa.

Sesekali aku tidak berniat menjatuhkan semua wanita dengan statement begini. Lapangkan hati seluasnya, kelu lidah berbicara kelak.

Ada pun sesak dengan kewangan yang cukup-cukup guna sampai habis bulan, di mana wang dahulu boleh disimpan. Aku menjadi pembaca fakta falsafah tak sudah-sudah dan pendengar setia kepada alam yang masih boleh memberi.

Bersyukur pada punya masa dan ruang untuk SEDAR yang hari-hari aku menjadi sesak dan lali....

"Terima kasih membaca"

Tuesday 10 December 2013

Sumber

Manusia apa pun boleh jadi. Seperti hari-hari hendak jadi orang lain. Mana pun tetap akan jumpa kesempitan. Nak tetap nak juga.

Mana pun kehidupan kini adalah satu yang dipinta dari dulu. Belum cukup lulus untuk menempah satu kehidupan yang lebih baik. Duka itu kreatif, memancarkan setiap bait-bait yang menunjukkan sesuatu yang lain dari yang lain. Itu yang ingin orang lihat. Bener?

Ilmu yang dibaca adalah penghidupan akan datang yang lebih baik. Begitu pun zikir, panas dan membahagiakan. Kebahagiaan tanpa disangka. Dungu jika tahu mana kebaikannya masih punya masa untuk lengahkannya. Saban hari harus beringat-ingat.

Masalah membawa sesiapa ke mari, hilang mana bila lapang?

Draft tetap tidak merungkai jawapan. Bagaikan melegakan lelah seketika, statik malah bertambah masalah.

Tolong selesaikan apa pun yang dimulakan. Lakukan habis-habisan. Biar reda semua tanpa meraung.

Ada pun setiap kekurangan yang ada menjadikan manusia pencerita, suka berkata-kata dalam senyap. Ada pun apa yang tertulis adalah mirip 90% adalah pekaitan empunya.

Keikhlasan teman adakah dengan melihat post pertama blogger? :)

Hidup dengan fakta, fakta dan fakta. Dulu punya banyak masa untuk alam. Manusia lupa daratan. Adakah alam merinduiku? Angin...sampaikan rindu aku pada bulan, bintang besar tidak berkelip, matahari terbit dan terbenam...

Masa usah bermain-main denganku. Ayuh, kita jadi teman sejati.

"Terima kasih membaca"

Tuesday 15 October 2013

Dengki

Apabila kedewasaan tercabar, bagai mengenggam bara api sehingga titik demi setitik daging cair menitis ke dalam mulut yang menunggu masa dengan lahapnya kerana dahagakan kebahagiaan yang meski kali hanya berfikir diri bagus, sehinggakan tiada sedari ada yang menaiki tangga dengan pantas, bersaing tanpa perlu ditunjuk.

Cuma, mulut-mulut atasan mencari bukan kepada yang merasa bagus tetapi pada yang sanggup berkorban sendi-sendinya apabila dipinta. Meski untuk menutup saban hari dengan kekurangan yang diada-adakan, maka tiada apa yang dapat hanya kejauhan.

Diam kerana serik, hati bagai ditoreh pisau tumpul, kesannya cepat sembuh tetapi berparut.

Terima kasih untuk kedua kalinya sahabat....

"Terima kasih membaca"

Sunday 6 October 2013

Sunday 8 September 2013

Sunday 25 August 2013

Demi Masa



"Terima kasih membaca"

Saturday 20 July 2013

Berterusan

Cerekarama yang sama berulang. Masa berubah, cerita lebih kurang sama. Bertahan cumaaa......setahun lebih. Semuanya akan lenyap serta-merta. Indah apa pun pada awalnya, kian lenyap dan kelam dengan perubahan masa. Seperti mana babak-babak terakhir yang menyayat hati berulang, silih berganti dengan keriangan yang cumaaa......sekejap......

Cerita yang sama diwar-warkan, noktah terhenti di mana letaknya titik yang terakhir bagi satu babak. Babak-babak yang mencabar setiap impuls jiwa, menyengat jiwa suram. Suram dengan mengambil jalan penghujung kehidupan.

Apa pun cerita itu mengajar dia melakukan yang sama. Sama seperti mereka pernah buat. Lahirlah cinta buta kononnya wujud, sedangkan sama sekali mustahil. Hidup dengan keperluan. Keperluan ada pada kamu, maka kamu diperlukan. Begitulah lumrah....

Kemahuan adalah sampingan keperluan. Ada keperluan, adalah kemahuan. Istilah berbeza tetapi saling berkait rapat.

Sekarang fasa tumbesaran bermula memasuki fasa pertengahan dan kemudiannya fasa kemusnahan. Ada masa tidak sampai setahun dari sekarang. Tunggulah....

"Terima kasih membaca"

Sunday 9 June 2013

Dengupan

Dulu, aku sangat rimas dengan dengupan. Ianya tidak menentu dan tidak statik. Sekarang, atas pertambahan usia, aku semakin gemar dengan dengupan. Dengupan datang ketika keseorangan di mana ketika itu imaginasi tidak terbatas, otak boleh fikir macam-macam walaupun tengah belajar dan merumus formula pemahaman  mengikut tatatanda matematik.

Semua yang datang bagaikan misteri, yang benar menjadi penipuan dan palsu. Tercari-cari, perentam bagai dan operasi mencari jodoh bermula. Aku riang. Malah, sesuatu yang belum pasti itu memberi keseronokkan buat aku. Itu sudah cukup.

Imaginasi menjadi bercabang dan tersembur keluar bagaikan ledakan darah suam-suam kuku.

Menghirup mocha panas memberi nikmat dan menggambarkan macam-macam perkara. Lampu mewah Mcd, jejaka yang senyum mengambil order.

Memandu waktu malam sewaktu dengan pagi dengan pancaran lampu neon.

Pantai.

Belukar dan hutan.

Sejuk dan nyaman.

Tenang.

Persediaan.

"Terima kasih membaca"

Saturday 11 May 2013

Sahabat riang

Sahabat riang bukan sehati sejiwa. Ketika kita tidak mengetahui sesuatu, ditertawakan, memerli seakan-akan dia tahu semua. Kepercayaan disia-siakan, dia mahukan persaingan. Saat kala aku rasa begitu diperbodoh, tewas dan setiap langkah pergerakan aku dikawal. Dia memecah kepercayaan seorang sahabat yang aku kira dari mula sama-sama meredah kejayaan.

Pengetahuan yang hanya sedikit dibangga-banggakan. Kamu ingin menjadi besar dari setiap mata yang memandang dan menjahanamkan rakan sebelahmu. Kelak, mereka sedar kamu siapa, mungkin mereka tidak akan sedar kerana istimewanya kamu pada mereka.

Setiap kejayaan, kesenangan menghilangkan diri kepada sesuatu, dulunya sama-sama bangkit, sering akan terlihat nanti di kala segala muhasabah terkubur dalam diri. Itulah manusia. Muhasabah bukan lagi istiqamah, apabila riang dan leka dalam hati terbentuk.

Memilih rakan, rakan memilih jua. Masakan tuntutan agama mencari rakan yang beriman, mereka persiakan setiap yang datang bertandang meminta sedikit tegukan ilmu. Mereka juga menuntut yang sama jua.

Persiapkanlah diri, jangan terlalu mengharap orang lain, kelak memakan jiwa sendiri kerana setiap yang disangka bukanlah sebuah kemungkinan yang akan terjadi. Meski yang tampaknya baik dan ranum, masakan busuk di dalam.

Kelak, dengan izinNYA menjadi seperti MEREKA, ingatlah saat kebangkitan dari bawah, jadilah yang lagi baik. Mudah-mudahan  berlemah lembut dengan generasi pewaris kita, In shaa ALLAH.

"Terima kasih membaca"

Monday 6 May 2013

Perang

Pembangunan dan kemewahan boleh membeli negara. Rakus untuk hak sendiri akhirnya bangsa tergadai. Membuta tuli kononnya nampak musuh, segala-segalanya bertelagah diingatkan satu musuh, walhal, mereka telah lama mencari musuh sendiri.

Musuh sedikit demi sedikit menaiki puncak pembangunan. Anak melayu susah. Tanah kampung menjadi wajaran wang. Kemewahan yang mudah dihabiskan, akhirnya merempat di negara sendiri.

Si bijak pandai belajar tinggi buta sejarah. Tragedi 13 Mei 1969 dan Bukit Kepong semakin dilupakan. Anak melayu mudah dibeli. Nenek moyang menyokong kerajaan kerana menjadi saksi bangsa sendiri disembelih, mata dikorek dan ditembak tanpa sebab.

Ini sudah mencapai musim pertengahan....

"Terima kasih membaca"

Saturday 27 April 2013

Quote

Langit kemerah-merahan, bukanlah petanda riang, sesak dengannya namun harus hadapi jua. Begitulah jika mendengar kekurangan diri dengan ikhlas. Tergiang-giang di telinga kerana diri tidak mampu untuk menerima. Sungguh wajah apabila dipandang rasa macam mahu tumbuk sahaja, janji ALLAH sayang, itu cukup memadai. Diri belum cukup kuat untuk menghadapi itu, kerana kejadian ALLAH, dipersoalkan.

Adapun orang mampu tahan dengan seseorang, kerana pertama yang dilihatnya "rupa". Apa pun keburukan yang menjelma, sanggup mengharunginya jua. Untunglah kata si pemandang, rugilah bagi yang merasa.

Sedarlah bahawa mereka suka yang cantik-cantik sahaja. Itu dunia.

Sekalipun kesukaran yang bertimpa-timpa dihadapi si tidak disayangi. Kehidupan yang dihadapi sehari-hari bukanlah mudah, kesabaran menjadikannya utuh dan unggul bagi si pemandang. Dia bakal menjadi paling dipercayai, disanjungi kerana kesungguhan dan kerajinannya.

Syukurlah dia bakal menggantikan tempat kamu berada sekarang.

Quote : Bukan senang untuk menjadi senang.

"Terima kasih membaca"

Saturday 9 March 2013

Dental


Asbab seminggu akan datang bukan 1 pengakhiran malah permulaan perjuangan yang bertubi-tubi, banyak yang perlu diserap otak, sungguh banyak air diserap span, tetap akan menitis. 

Banyak yang harus dikorban= kesenangan, kegembiraan sementara. Belajar dari sahabat yang beriman atau kurang beriman untuk menjadikan kita bijak memenuhi fizikal dan rohani.

Kerajinan tanpa usul adalah sia-sia malah memenatkan otak. Belajarlah dari si bijak pandai yang mencari titik-titik penting di hadapan santapan ilmu. Pandangan yang merendahkan seseorang, dia seorang yang hebat dari apa yang dijangkakan.

Juadah Al-Quran yang menghiasi malam sepi kerana ALLAH, bukan kerana takut kepada halusinasi. Zikrullah dan doa setiap hari pinta dipermudahkan segala urusan dan jauhkan dari malapetaka.

Titisan yang menitis kerana memikirkan setiap peluh pengorbanan ayah dan ibu yang uzur memancarkan wajah riang penuh pengharapan kejayaan seorang anak. Apa pun kesusahan seorang anak disuluhkan dengan jalan mudah agar si anak tidak tertinggal dengan pelajarannya.

Pilihan menjadikan kita memilih mana yang lebih penting dan meninggalkan apa yang kurang penting. Tanpa disedari, setiap sesuatu yang penting dan mustahak dilakukan tidak mendatangkan hasil yang lumayan. Asbab kita mengabaikan setiap perkara-perkara kecil yang sering dilakukan dahulu untuk bangkit menjadi seperti hari ini.



"Terima kasih membaca"