Translate

Saturday 9 March 2013

Dental


Asbab seminggu akan datang bukan 1 pengakhiran malah permulaan perjuangan yang bertubi-tubi, banyak yang perlu diserap otak, sungguh banyak air diserap span, tetap akan menitis. 

Banyak yang harus dikorban= kesenangan, kegembiraan sementara. Belajar dari sahabat yang beriman atau kurang beriman untuk menjadikan kita bijak memenuhi fizikal dan rohani.

Kerajinan tanpa usul adalah sia-sia malah memenatkan otak. Belajarlah dari si bijak pandai yang mencari titik-titik penting di hadapan santapan ilmu. Pandangan yang merendahkan seseorang, dia seorang yang hebat dari apa yang dijangkakan.

Juadah Al-Quran yang menghiasi malam sepi kerana ALLAH, bukan kerana takut kepada halusinasi. Zikrullah dan doa setiap hari pinta dipermudahkan segala urusan dan jauhkan dari malapetaka.

Titisan yang menitis kerana memikirkan setiap peluh pengorbanan ayah dan ibu yang uzur memancarkan wajah riang penuh pengharapan kejayaan seorang anak. Apa pun kesusahan seorang anak disuluhkan dengan jalan mudah agar si anak tidak tertinggal dengan pelajarannya.

Pilihan menjadikan kita memilih mana yang lebih penting dan meninggalkan apa yang kurang penting. Tanpa disedari, setiap sesuatu yang penting dan mustahak dilakukan tidak mendatangkan hasil yang lumayan. Asbab kita mengabaikan setiap perkara-perkara kecil yang sering dilakukan dahulu untuk bangkit menjadi seperti hari ini.



"Terima kasih membaca"

4 comments:

  1. sentiasa mengingati akan hal begini. terutama sekali tentang kekurangan diri. rasanya kelebihan yaang ada pun terlalu kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai pyan, syukur alhamdulillah dan in shaa ALLAH kita sama-sama tidak terlepas pandang dengan situasi sebegini :)

      Delete
  2. Saya belum dapat cari di mana silapnya. Blog kamu seperti tidak ter'update' dalam bloglist saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik @Empayar Utama saya baru sahaja posting entry ni, walau tarikhnya sudah lama :)

      Delete