Translate

Friday 21 December 2012

Imaginasi

Sebab
Pandangan zahir seakan kelam disedut masa apabila otak menjalankan peranan mewujudkan gambaran yang keluasannya terbatas seperti mata memandang secara fizikal.

Imaginasi adalah tempat yang direka sama ada gambaran dari mimpi yang hidup setelah bangun dari tidur mahupun sesuatu ketakutan yang dijalani bermain-main di minda, memori yang sentiasa hidup dalam otak. Mungkin sahaja gambaran kesukaan  yang  pernah dialami sukar ditinggalkan dari kotak memori.

Kesayanganku semakin jauh dengan sikap sibuk dengan dunia akhir tahun, satu kebiasaan untuk sesiapa yang pernah menetap di lubuk hati. Bukanlah sesuatu yang mudah apabila jauh dan bertahan selama setahun, pelbagai rintangan yang harus dilalui. Cekal dan bersabar saat ALLAH beri hidayah rindu.

Lelah dengan kerja tertunggak, basuh bilik mandi, lipat baju, kemas bilik merangkumi tingkap, solotap plastik katil yang sudah terkoyak, kemas rumah merangkumi ruang tamu, lap kabinet dan televisyen. Jahanamkan segala cicak yang membuang kumbahan merata-rata. Kerja yang tertunggak gara-gara tidur yang selalu terganggu di malam hari. Malamku adalah siang, siangku adalah malam yang melenakan. Perkara wajib di bawa tunggangan lari. 

Packing barang sebagai perantau tegar tahun depan. Semuanya tertunggak gara-gara insomnia yang memakan setiap detik masa dan igauan di malam hari. Setiap cerita yang dibaca menjadi otak semakin tepu, semakin berat dan padat dengan maklumat. Memori otak semakin luput tarikhnya, setiap satu harus disenaraikan agar tiada yang tertinggal. Suara perlian menyentap hati pada siang yang padat  tetapi apakan daya insomnia penyebab keterbatasan pada tenaga.

Akibat
Kadar insomnia semakin berlarutan dengan bayangan otak berfungsi bertubi-tubi memakan keenakkan tidur. Insomnia sesuatu yang melelahkan apabila hanya berpura-pura tidur. Imaginasi tetap hidup dan setiap detik insomnia adalah kebaziran waktu yang sememangnya menyempitkan jiwa.

Asid hidroklorik cair mencengkam setiap penjuru perut apabila tiba pada masanya. Hidup berjadual selama 3 tahun, masakan boleh berubah tebiat ini seminggu dua. Terfikir saat duduk sekarang dan keberadaan semasa menjadi buruh kasar, jika diberi jam masa,  aku seakan tidak mahu menjadi seperti itu lagi, serik bekerja dalam keadaan kerja yang bertimbun dan di bawah tekanan yang tinggi. Apa yang diimpikan memang rezeki mencurah-curah dari langit, pengorbanan yang besar menjadikan aku tidak seperti orang lain yang mempunyai teman tiba waktu rehat. Konsentrasi pada kerja sehingga mengabaikan soal makan. Terkejar dengan 3 macam perkara dalam masa 2 jam menjadikan badanku tidak dihinggapi lemak.

Biskut beras, maggi goreng cili lazat, biskut conflakes, roti gandum gardenia, biskut lexus perisa kacang tanah, wafer thins, air nescafe susu anlene bercampur madu atau apa-apa sahaja yang ada di dapur akan disumbat untuk mengisi sementara menunggu siang. Sambal ringkas hanya ada perencah bawang di dalam bungkusan nasi lemak air tangan mak cik Nafisah benar-benar menjadikan sarapan pagi yang indah dan menggembirakan.

Memori ayah tidak dapat mempelajari sesuatu perkara baru, itu bukan kesilapan ayah. Saatnya telah tiba sebagai pesara dan hari-harinya bukanlah semakin muda. Insomnia menjadikan aku seorang pembaran kerana seawal 8 pagi ke atas, banyak tugasan yang perlu dilakukan. Tekanan menjadikan pesimis memikirkan keberadaan di tempat kerja lama adalah lebih baik. Astaghfirullahhalazim...

Setiap tugas terganggu kerana ayah seakan-akan menguji dengan menyuruh melakukan apa pun yang mampu dilakukan.  Dahulu, masa sekolah rendah, kebanggaan aku pada ayah dengan bahasa inggeris yang berterabur menyiapkan setiap kerja sekolah. Kini, aturan dvd player tidak mampu dia mainkan lagi. Pemikiran positif dengan mengambil imbal dan balik atas apa yang terjadi. Separa positif menjadikan kewarasan menjadi nombor dua. Hari ayah telah tiba, bagaimana saat warga emasku nanti?

Ayah yang harus dihormati walaupun memberi sedikit bibit-bibit tekanan sepanjang perjalanan pagi yang menjadi tidak indah. Terkenang ketika banyak yang tidak dapat dilakukan untuk arwah nenek menjadikan air mata penyesalan tidak memberi sebarang makna. Sabar dengan sikap ayah. Tidak mahu tragedi arwah nenek berulang kepada ayahku pula. Dialah hanya seorang ayahku..

Bismillahhirrahmanirrahim....

Langkah penyelesaian
Membaca bukanlah satu penyelesaian untuk menimbulkan rasa mengantuk.

Perlakuan yang baik-baik untuk skop pengetahuan sendiri. Pengetahuan yang menggusarkan umat  harus diselesaikan dan diuar-uarkan.

Hentikannya dengan bertitik pada penulisan.

Lega dan mata mulai terkatup. Keberadaan otak semakin luas dan besar, maka hidup tidak dibebani dengan  maklumat yang bertubi-tubi masuk ke dalam otak.

Esok hari Jumaat dan hari baru untuk otak. Ini barulah "Have a nice day".

Bunyi-bunyi alam sayup kedengaran.

Mohon dipermudahkan dan dijauhkan dari malapetaka. Apa yang dirasakan dan sensitif akan tindak balas adalah untuk kesejahteraan kamu. Apa yang kita fikir dan rasa adalah sama cuma tindakan kita bertindak balas itulah yang berbeza dan mencirikan sifat sebenar.




"Terima kasih membaca"

9 comments:

  1. assalamualaikum :)

    ini kisah hidup seharian ke?
    yang saya tahu insomnia tak elok untuk kesihatan :)

    cik, ni email saya what_sar@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. bukan insomnia melanda pempuan ini.
    tetapi kenangan yang membuat kau begini.

    moga lalui dgn penuh tabah dan pengharapan.

    ReplyDelete
  3. cik sar : saya mengidap insomnia sejak berhenti kerja, memerlukan satu penghidupan baru untuk tahun depan

    thelagidanlagi : kenangan yang melanda bercampur aduk bagaikan gaulan adunan kuih conflakes tak pun kek vanilla lembab :)

    ReplyDelete
  4. #pencariAllah

    jangan takut. x perlu ikut.
    bab perasaan. terus melawan.
    catit semua pada tuhan di sisi malam.
    Saat kepala makin merunduk
    ciumlah tanah bukti kehinaan
    Sebagai tanda Agungnya sang Khalik

    agar kau penghidupan yang kau impikan
    ingat. bukan mudah. dunia ini ujian.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum
    :)
    Kenapa ni awk?
    jaga diri taw..
    Kdg2 awk x perasan awk stress...
    Otak ligat fikir mcm2, sampai kesan pada badan,jatuh sakit nanti..
    Jaga diri kita sendiri dulu taw, bila sihat, baru boleh jaga org y kita sayang...

    <3
    Cantiknya blog:)

    ReplyDelete
  6. insomnia adalah satu-satunya yang perlu dilawan dengan gigih. ia akan pengaruhi emosi dan tekanan. sampai satu tahap kritikal, ia boleh sebabkan depresi. insomnia sangat teruk. menyakitkan dan membuatkan darah gemuruh.

    ReplyDelete
  7. Saya menunggu entri terbaru kamu

    ReplyDelete
  8. Semoga tabah dan berjaya dengan cemerlang :)

    ReplyDelete