Translate

Sunday 16 December 2012

Kualiti

Setelah terbitnya fajar, sebelum matahari bangkit dari hamparan fajar, berdiri memakai serban mengorak langkah seribu ke masjid, satu dentuman gong mengetuk ke dalam hati secara menegak sebanyak beberapa kali, menyiram air yang jernih ke dalam setiap hati seorang hamba di atas tikar sejadah yang menadah dan menekup tangan ke wajah tanda kemaafan dan keinsafan dari kebangkitan menggelupur dosa berkati-kati.

Setiap berita kematian membawa satu imaginasi bidadari yang lemah gemalai menyanyikan irama membawa jiwa kematian ke alam lain yang serba kelam dan menyesakkan jiwa. Alam yang penuh terpinga-pinga tanpa arah tujuan dan perjalanan tanpa penghujung jalan.


Kualiti yang dicari, usaha keras si cencorot yang menerjah meraban-raban ke hadapan, atau kualiti dan usaha keras bergabung rapat untuk mewujudkan sesuatu yang luar biasa menonjolkan sesiapa sahaja yang berfikiran bercabang dengan izin Lailahaillallah...

Apa yang dirasakan, apa yang dilakukan jika tidak bertitik pada penulisan, maka tiada kepuasan akan dicapai. Lega, puas dan otak akan menyimpan setiap memori yang bertitik ke dalam kotak memori berpagar. Setiap memori tersembur keluar mencurah-curah dari otak setelah pegun dan beku sekian lama apabila setiap pancaindera merasa tindak balas.

Kadang kala, kualiti harus dipilih untuk menyembur setiap peristiwa menjadi kata-kata, bijak menyesuaikan lontaran kata-kata dengan keadaan. Jika setiap jalan kata-kata itu tidak bertempat ke garisan yang lurus dan penuh kualiti, setiap bibit-bibit dengki dan bongkak menular kepada jiwa yang sentiasa mahu menang, belum kenal jiwa dalam diri sepenuhnya. Rumit untuk menyesuaikan kata-kata dengan keadaan, diam adalah penyelesaian terbaik beriringan dengan doa berterusan. Doa berselang seli dengan taman-taman syurga. Islam menyarankan lebih banyak diam, rendahkan pandangan dan berkata yang perlu sahaja. Perlu dalam kategori berkualiti.

"Terima kasih membaca"

2 comments:

  1. Tujuan utama hidup adalah untuk beribadat,..... Ibadat yg berkualiti :-)

    ReplyDelete
  2. lama aku tak jumpa penulisan macam ni.. bertitik tolak dari nol dan terbit pada penulisan.

    ReplyDelete