Translate

Friday 23 March 2012

Masa dan masalah

Setiap lingkaran akar dalam kepala otakku berserabut. Macam-macam yang diadun bagai minuman susu bercampur oat tanpa madu, tawar, tanpa rasa. Sehingga dibawa kepada lingkaran pipi di wajah yang menampakkan penggambaran otak. Semakin diam tanpa bertindak apa-apa, teragak-agak masih berfikir untuk bertindak sedangkan sang pelari telah jauh sampai ke sana. Walau disapu setiap hari dengan polishing nanowhite sekalipun, jika tiada tawakkal, tiada doa, usaha yang dilakukan sia-sia. Sehingga menyalahkan takdir kenapa nasib tidak seperti yang lain. Sedangkan setiap kesilapan dicipta saja-saja mengikut gerak hati dan nafsu.

Aku diadili masa. Membiarkan masa menghakimi dan memerangkapkan hidup. Masa yang tidak pernah untuk cukup. Sedangkan setiap orang masanya sama. Bagai meletakkan masa untuk menentukan, bukan ALLAH. Complicated sangat hidup. Maka, bosan menguasai diri.

Setiap kelakuan yang memberi faedah ditangguh-tangguhkan. Banyak perkara yang ingin dilakukan tertunda bila lagha menguasai. Tanpa izinNYA, masa yang berkualiti tidak akan dapat. Anugerah dan rahmat yang diberi kepada sesiapa dikehendakiNYA.

Fitnah bermaharajalela dan berkokok riang apabila anak adam jatuh. Maka, semua itu tidak perlu ditakuti. ALLAH itu yang jelas ditakuti.

Aku masih belum lulus untuk setiap titik tolak permasalahan yang berlaku. Ianya berulang-ulang terjadi. Apa yang aku dapat ialah untuk menjadi lebih baik selepasnya. Izinkan untuk terus menulis jika kamu fikir ia bukan beban tapi untuk mengurangkan dan berkongsi. Izinkan aku melakukan sedemikian.

"Terima kasih membaca"

Thursday 8 March 2012

Situasi

Jika memandang ke luar, nampaklah dunia yang penuh dengan permainan. Jika kau pandang persekitaran lalu masukkan ke dalam matamu maka terlihatlah segala realiti dunia. Nampak hidup, bernafas malah kaku sendirian lalu memerhatikan sekeliling hanya kau yang hidup. Sekeliling cuma ilusi. Masa untuk kau sendiri duduk di situ seakan terhenti. Justeru, memerlukan masa seketika selepas itu untuk bangkit hidup dalam ilusi. Itulah dunia.

Seakan deria.

Bagaimana pula dengan ramalan? Memerhatikan bintang di langit petanda cuaca keesokkan harinya. Cerah atau hujan. Bagaimana jika kau percaya lalu ianya tiada menjadi? Percayalah rahmat dari setiap titisan yang turun adalah anugerah. Kuasa ALLAH haruskah dipertikaikan dengan ramalan? ALLAH lagi MAHA HEBAT dari itu.

Ingat, aku memilihmu kerana solat, jika kau berpaling, maka jangan disalahkan aku menjauhi kamu. Tuntutan agama itu penting. Telah menjadi kewajiban untuk menjalankannya. Maaf, tidak sanggup secara berterusan aku menganiaya diriku dan bersubahat atas kezaliman. Kau dan aku sama, punyai dosa. Jangan ditambah yang telah ada. Cukup, terbeban aku saban hari dengan dosa. Berat bahu dan kepalaku memikulnya.

Banyak persoalan yang tiada harus dijawab. Dengan beberapa patah perkataan mampu memberi jawapan untuk semuanya. Jika melihat diam. Fahamilah, telah aku berbicara sebelumnya. Banyak cakap tambah murka..

Merasai kesenangan sekejap yang bukan memiliki adalah ujian. Jiwa tandus dengan pertumbuhan benih kasih sayang, maka kau semakin lupa, jauh meninggalkan kesedaran diri, bumi di mana kau berpijak untuk bangkit. Lalu ALLAH tarik baik-baik, pimpin jiwamu dengan rendang kasih sayangNYA. Jika situasi menjadi roda, maka berterusan menjadi sama tanpa belajar darinya. Jadikan situasi itu roller coaster dalam hidup, ada pasang surut, turun naik untuk mencapai ke destinasi.

"Terima kasih membaca"