Translate

Saturday 11 May 2013

Sahabat riang

Sahabat riang bukan sehati sejiwa. Ketika kita tidak mengetahui sesuatu, ditertawakan, memerli seakan-akan dia tahu semua. Kepercayaan disia-siakan, dia mahukan persaingan. Saat kala aku rasa begitu diperbodoh, tewas dan setiap langkah pergerakan aku dikawal. Dia memecah kepercayaan seorang sahabat yang aku kira dari mula sama-sama meredah kejayaan.

Pengetahuan yang hanya sedikit dibangga-banggakan. Kamu ingin menjadi besar dari setiap mata yang memandang dan menjahanamkan rakan sebelahmu. Kelak, mereka sedar kamu siapa, mungkin mereka tidak akan sedar kerana istimewanya kamu pada mereka.

Setiap kejayaan, kesenangan menghilangkan diri kepada sesuatu, dulunya sama-sama bangkit, sering akan terlihat nanti di kala segala muhasabah terkubur dalam diri. Itulah manusia. Muhasabah bukan lagi istiqamah, apabila riang dan leka dalam hati terbentuk.

Memilih rakan, rakan memilih jua. Masakan tuntutan agama mencari rakan yang beriman, mereka persiakan setiap yang datang bertandang meminta sedikit tegukan ilmu. Mereka juga menuntut yang sama jua.

Persiapkanlah diri, jangan terlalu mengharap orang lain, kelak memakan jiwa sendiri kerana setiap yang disangka bukanlah sebuah kemungkinan yang akan terjadi. Meski yang tampaknya baik dan ranum, masakan busuk di dalam.

Kelak, dengan izinNYA menjadi seperti MEREKA, ingatlah saat kebangkitan dari bawah, jadilah yang lagi baik. Mudah-mudahan  berlemah lembut dengan generasi pewaris kita, In shaa ALLAH.

"Terima kasih membaca"

Monday 6 May 2013

Perang

Pembangunan dan kemewahan boleh membeli negara. Rakus untuk hak sendiri akhirnya bangsa tergadai. Membuta tuli kononnya nampak musuh, segala-segalanya bertelagah diingatkan satu musuh, walhal, mereka telah lama mencari musuh sendiri.

Musuh sedikit demi sedikit menaiki puncak pembangunan. Anak melayu susah. Tanah kampung menjadi wajaran wang. Kemewahan yang mudah dihabiskan, akhirnya merempat di negara sendiri.

Si bijak pandai belajar tinggi buta sejarah. Tragedi 13 Mei 1969 dan Bukit Kepong semakin dilupakan. Anak melayu mudah dibeli. Nenek moyang menyokong kerajaan kerana menjadi saksi bangsa sendiri disembelih, mata dikorek dan ditembak tanpa sebab.

Ini sudah mencapai musim pertengahan....

"Terima kasih membaca"