Translate

Sunday 10 June 2012

Usaha dasar kebesaran ALLAH

Apabila spesifikasi dituntut,  berkebolehan tetapi ralat paralaks sering terjadi kerana kekerapan menggunakan bahan sehingga menjadikannya tidak stabil. Lain pula dengan spesifikasi dipenuhi selengkapnya, tetapi ada sahaja gangguan pembolehubah dimanipulasikan menjadikan bacaan tidak tepat.

Apa yang dilakukan dengan tiada kajian menyeluruh membazirkan masa dengan kesedihan yang terpilih. Boleh mencuba, punya ruang tetapi kekuatan dalaman dikerah sepenuhnya, maka tiada terpilih.

Hati-hati dengan pilihan, begitu juga dengan kehidupan, dia mengherdik, bersikaplah acuh tak acuh, InsyaALLAH, keadaan itu menyelamatkan.

Tiada berharap, jelaskan tekad dan pengharapan kepada ALLAH semata-mata. InsyaALLAH, ALLAH bagi mudah.

Pilih pemandangan langit yang hidup. Hidup dengan kehidupan di sisinya, tenunglah sedalam-dalamnya, akan menampakkan kehidupan. Ada jambatan, ada lautan dan pulau. Larikan sisi mata, semua pemandangan yang terlihat berakhir. Pandang di sisi lain pula. Hanya yang nampak, kehidupan. Hati menjadi terlonjak ke langit. Melihat betapa besarnya kuasa ALLAH, betapa kecilnya kamu.

Setelah memandang ke langit, alihkan pandangan ke bumi berselang seli. Maka, kebahagiaan melihat langit, kekusutan melihat bumi. Seiring merasai kefanaan dunia. Secara tidak langsung, akan memahami maksud yang jelas dunia yang serba fana.

Suatu malam yang ceria tanpa tahu ada rentetan cerita bersejarah keesokkan harinya, iaitu Maulidur Rasul, aku menyusuri jalan lama yang kini adalah belukar. Niatku untuk memberi kucing makan. Mulut tidak berhenti melontar zikir. Bintang menghiasi malam gelap dengan banyaknya. Sehinggakan aku tertarik melihatnya. Tertarik melihat langit dari bumi. Maka, di sudut hati yang terdalam mendengar bunyi dari langit menyebut Laillahaillah berulang kali.

Kejadian kedua berlaku semasa perjalanan dari Johor Bahru ke Melaka, terlihat bulan yang mengambang penuh mengikut perjalanan kereta. Keadaan yang sama berulang dengan mendengar zikrullah berulang kali dari langit. MasyaALLAH. Secara tiba-tiba, air mata mengalir deras menyedari betapa kecilnya manusia. Betapa tingginya kuasa ALLAH yang menjadikan setiap kehidupan berzikir dengan menyebut namanya.

ALLAH memegang di antara langit dan bumi. Di manakah harus melarikan diri. Kita semua di bawah genggamanNYA. MasyaALLAH. MAHA SUCI ALLAH.

"Terima kasih membaca"