Translate

Sunday 5 February 2012

Cinta

Manisan yang lebih manis dari coklat, masuk ke dalam tekak lalu melekat di situ seketika tanpa air liur. Lalu coklat tadi mengalir ke perut seperti makanan yang lainnya. Seperti mana yang berguna, diserap salur darah untuk penerusan hidup, maka yang tidak diperlukan dibuang dari badan.

Justeru, kata-kata yang baik diambil sebagai pengajaran, yang lainnya dimuntahkan otak seperti imaginasi kau membalut masalah dalam satu bungkusan furoshiki sepadat mungkin sekecil batu lalu mencampakkannya ke laut. Antara hamparan furoshiki terbuka di laut lalu terapung dan dibawa sejauh mana kehidupan ombak, berakhir dan melahirkan. Maka, seperti tiada pengakhiran yang berlalu dengan masalah, silih berganti walaupun kau berjaya menghapuskan dari sisa kehidupanmu tetapi yang lainnya menghadapi semula apabila terkena hamparan tadi. Cuma, yang membezakan keadaan sekerang dan masa sejauh mana ombak berakhir.

Bungkusan yang merupakan racun membawa pelbagai penyakit. Pembunuh senyap yang memakan dalam-dalam sedikit demi sedikit sehingga tiada tersisa sedikitpun. Matilah dengan tiada manfaat dan sia-sia. Tertipu dengan fizikal racun yang dipandang sedap dan kunyahannya cair dalam kerongkong serta lazat.

Kepercayaan terhadap bayangan malam sebagai gambaran kehidupan akan datang. Di mana sebagai satu petunjuk yang tiada kejelasan dari ALLAH. Fikiran membaca ALLAH MAHA BESAR,  memegang semuanya tanpa satu pun tertinggal. Dahulu, sekarang dan selepasnya. Maka, akal haruslah bijak supaya tidak tertipu dengan bayangan malam tanpa kebenaran. Mainan tidur dengan bisikan, belaian dan alunan muzik yang mengasyikkan sesiapa sahaja dari musuh tersembunyi dari tanpa kewujudan manusia dan selamanya.

Penungguan adalah satu penyeksaan jika tiada kesabaran. Kesabaran sebenar tidak akan wujud tanpa ketulusan iman.

Pilihan yang terbaik di antara yang terbaik. Sudah pasti memilih yang paling terbaik bukan. Satu yang harus dipilih semoga tiada penyesalan. Pertikaian dengan tiada ilmu hanya membazirkan masa dan air liur. Tiada apa yang dapat melainkan kesakitan hati. Oleh itu, kadang kala kecerdikan harus dilampirkan dalam diam. Banyakkan mendengar dan melihat lalu simpan dalam otakmu, buang jika tidak perlu.

"Terima kasih membaca"

7 comments:

  1. kadang terasa seksa dalam memilih..bagaima mahu memilih jika semuanya terasa baik baik belaka?

    ReplyDelete
  2. Pilihan dalam menjaga hati. Salam ziarah :)

    ReplyDelete
  3. dan semuanya bergantung pada kepercayaan.. :)

    ReplyDelete
  4. Penungguan adalah satu penyeksaan jika tiada kesabaran. Kesabaran sebenar tidak akan wujud tanpa ketulusan iman.


    sukanya ayat nie...Ruby setuju..

    ReplyDelete
  5. Mungkin belum tiba masanya. Saya jadi pemerhati saja di sini. Kita pun tak tahu apa bakal berlaku di sini. Segalanya ketentuan Allah

    ReplyDelete