Translate

Saturday 21 April 2012

Kepunyaan ALLAH

Di lorong kecil yang menghubungkan pagar jalan besar dan jalan kecil, wujud sebuah gerai kecil mempunyai 2 batang payung berwarna-warni. Pelbagai kuih muih yang ada, tetapi di antara banyak-banyak kuih, goreng pisang warga emas itulah yang paling laris sekali. Dahulu, sering juga membeli pada setiap petang.

Sejak suatu petang yang lalu, melihat kelibat 2 orang berpakaian polis menghalau warga emas yang berpangkat nenek dan datuk itu, kemunculannya hanya sekali dua, itu pun di seberang jalan sana dan lenyap selepas itu. Tidak tahulah ke mana warga emas itu menghilang dan kini aku ingin memberitahu, aku rindu goreng pisangnya.

Goreng pisangnya apabila sejuk sekalipun, ianya tidak menjadi keras. Malah masih fresh dan berminyak cair di tekak dan menikmati kelazatannya tidak lekang hati mengucap Alhamdulillah..

Seperti hari ini, aku melihat kamu ramai-ramai bersamaku. Esok lusa, ALLAH tidak izin, maka, tiada kita bertemu lagi. Semoga penulisan aku menjadi pengajaran untuk sezaman aku dan selepasnya. Jika, adalah satu sindiran, aku hanya mengira-ngira dan memperolok-olokkan dan tiada terjauh dari menganiaya diri sendiri. Maafkan aku semua. Semoga ALLAH kasih dengan setiap penulisan aku tidaklah setinggi Merong Mahawangsa, tidaklah sehebat Al-Quran.

Satu yang ingin dihubungkan antara babak dengan kejayaan. Yuna menyanyi di San diego, Farah Lee bergambar dengan Ally Iskandar berlatarkan pemandangan mewah dengan alam. Farah Lee memakai tudung sungguh berfesyen tetapi masih menutup aurat. MasyaALLAH, indah...

Petang yang terang, seperti biasa, aku faham dengan perasaan melonjak riang. Aku faham antara realiti dan fantasi. Astaghfirullahhalazim, yakin dengan bayangan fantasi antara otak dan fizikal kehidupan. InsyaALLAH, ALLAH akan menolong dengan keyakinan yang berkubur di hati. Keyakinan adalah seluruh keimanan, sabar itu separuh dari iman.

"Terima kasih membaca"

4 comments:

  1. Assalamualaikum....

    Bahasanya amat dalam:)
    Agak pening budak kecik suka main macam Mard untuk baca.
    Bo agak, aianya luahan hati y dalam.

    Mari kita menghargai apa sahaja di sekeliling kita, sblum Allah tarik nikmat tu dan beri kepada yang lebih menghargainya.

    Vry Nce Entry~

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wbt.
    ianya dibuat berkias agar tiada siapa yang terasa ukhti.
    ALLAH itu Maha Adil, tiadalah dia menganiaya hambaNYA, tapi hambaNYA yang menganiaya dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  3. EmpayarUtama : terima kasih. InsyaALLAH bermanfaat.

    ReplyDelete