Translate

Thursday 5 April 2012

Pelbagai

Berpaksikan bulan sebagai saksi, wujudlah persahabatan. Setiap pegangan yang diperkatakan diikat erat-erat. Bintik-bintik hujan pegun di atas kaca, semakin banyak titisan wujud, membentuk satu jisim yang boleh bergerak meliuk-liuk mengikut kepantasan angin. Kepantasan angin tidak mampu untuk menerbangkan jisim, jisim tersebut membaham titisan pelbagai saiz, membesarkan dirinya. Betapa besar titisan mampu membesar, ALLAH tidak izin, jatuhlah menyimbah bumi. Satu senyuman terukir menandakan betapa besar dan berkuasanya sesuatu, akhirnya akan jatuh apabila riak tidak mahu menuruti apa pun suruhan ALLAH.

Riak mengetahui sedikit ilmu ALLAH. Bangga menyatakan tiada siapa yang mengajar, dengan sendirinya mengetahui. Sedangkan Nabi Adam a.s diajar ALLAH dengan nama benda. Maka, para malaikat sekalipun tidak mengetahui nama benda tersebut tanpa kehendakNYA.

Pen mahu menulis, coretan tidak dihabiskan. Dikumpul sehingga ALLAH mengizinkan untuk dihabiskan. Tiada tinta yang ditulis menjadi beban yang tidak berkesudahan, mengingati masalah remeh sudah selesai dalam hidup, membohong diri sendiri bahawa tiada yang selesai. Masa berlalu, aku masih berada di tempat yang sama tanpa perubahan masalah. Penungguan dari segi ini adalah sia-sia. Coretan diperlukan untuk dihabiskan.

Sesuatu yang berat mahupun remeh yang ditangguh di alam nyata terbawa-bawa ke alam mimpi. Otak menjalankan fungsi untuk menyelesaikan sesuatu yang tiada selesai sebelum tidur. Tiada semua yang boleh diselesaikan, layangkan jari-jemari untuk mengurangkan dan menyelesaikan.

Sekatan demi sekatan otak diterima. Ia pergi dan kembali tanpa berkala. Semua ini keizinanNYA.

Suatu petang, hati melonjak ingin bebas, melihat alam dengan seronok, aku dipenjara dengan tugas yang bertimbun. Aku wujudkan hidup di dua dunia. Antara ilusi dan nyata. Otak membayangkan sewaktu mata celik. Kereta meluncur di jalan lurus, kiri dan kanan rumah kampung tidak kiralah sama ada rumah kayu ataupun rumah batu berdiri di atas tanah landai. Matahari petang sayup-sayup kelihatan penjuru di celah-celah rimbunan pepohon yang rendang. Lelaki bermotosikal menyusuri jalan kecil tanpa bertar di antara pohon kelapa sawit. Bagaikan aku menaiki motosikal itu, rasa alam. Indah. Pandanglah ke langit membiru dihiasi beberapa kelompok awan memutih suci. Teringat akan cerita doraemon hidup di atas awan yang menjadi kegilaan aku berfantasi waktu kecil. ALLAH izinkan aku merasai semua ini semula.

Pernah satu ketika, tercampak ke sebuah tempat asing seperti kehidupan di zaman Jurassic Park, celah-celah sebaris pepohon kelapa sawit yang tinggi sebesar dinasour dengan hamparan langit putih sebagai background. Suasana yang suram, kelam, dan kelabu tidak sedikitpun menceriakan, malah wujud kehidupan terasing penggambaran kesedihan tanpa hujung. Alunan muzik "Lamunan Terhenti" nyanyian Aris Ariwatan sebagai lagu latar.

Maka, wujud suasana baru di mana sinar matahari yang berwarna oren melalui sebuah tingkap nako di dalam bilik mandi, seorang lelaki berbaju membiarkan bajunya basah disirami air pancut kerana terlalu tertekan dengan kesudahan cinta. Lalu, lelaki itu menyanyikan lagu lamunan terhenti tadi. Imbauan kembali kenangan lama si lelaki dengan bekas wanitanya yang "free hair". Gadis tadi berbaju kurung kain "cotton" berbunga kecil yang kusam. Lalu, lelaki itu pun ditinggalkan orang teman wanitanya di tengah malam yang cuma ada sebatang lampu neon.

Dahulu, jika aku pulang ke kampung untuk waktu yang lama. Apabila sampai ke rumahku semula. Ada satu rasa keganjilan. Rumah yang terang disinari cahaya putih matahari masuk ke dalam rumah. Rasa kurang selesa kerana hidup di dunia lain, bukan rumahku syurgaku.

Menjawab soalan peperiksaan dengan alunan muzik yang dicipta. Tanpa suara. Fikiran memikirkan kejayaan. Kerap kali keadaan membohong. Sahaja menunjukkan asyik menjawab dengan kepura-puraan mengetahui semua jawapan hanya tiada memberi sebarang erti. Cukup masa, kecundang.

Alunan piano dalam suasana pink, seorang kanak-kanak  dalam kesedihan bermain piano menunggu seorang jejaka yang pernah bersamanya dahulu. Sebuah pagi, terdapat sebuah rumah terpencil di dalam hutan, lohong atap rumah berasap, di depan rumah kecil poly pocket itu wujud sebuah denai kecil. Airnya jernih turun dari atas gunung.

Memukul perilaku kehidupan tanpa meninggalkan kesan. Hidup dengan kenyataan dan nyata. Bukan lamunan.

"Terima kasih membaca"

6 comments:

  1. begitu banyak kau letakkan elemen penceritaan di dalamnya. aku begitu suka-suka cuba mengaitkan antara setiap cerita dan babak. rupanya ia terasing macam antara realiti dan ilusi.

    ReplyDelete
  2. wah menarik..tersentuh eja membaca nya :)

    ReplyDelete
  3. Banyak cerita dalam cerita ini. Oh ya, ada beberapa komen saya mungkin salah masuk kotak komen harap maaf yea

    ReplyDelete
  4. hehe..ini bukan saling berbalas pantun :)

    ReplyDelete