Translate

Thursday 1 December 2011

Sinar cahaya bulan sabit dilindungi sekelompok anak awan berwarna kehitaman. Namun, sekumpulan anak-anak awan itu tidak dapat sama sekali menutupi keseluruhan cahaya bulan sabit. Di atas bukit, kelihatan bulan sabit dengan jelasnya memancarkan cahayanya keseluruh pelusuk tempat.

Bulan sabit semakin membesarkan dirinya sehinggakan lampu neon yang terang benderang di tepi jalan sedikitpun tidak mengubah pandanganku pada sang bulan. Badanku menjadi seram sejuk tatkala menyaksikan kejadian ajaib itu.

Kiamat semakin dekat, sesungguh mungkin aku tidak mahu terlepas dari berlumba-lumba mengejar kebaikan. Dengan kebolehan dan kemahuan InsyaALLAH segalanya dapat ditempuhi dengan kebaikan. InsyaALLAH, InsyaALLAH.

Aku dicuba lagi dengan dugaan yang sama. Aku harus bijak menyelesaikannya, sungguh aku buntu untuk memilih mana yang lebih baik buatku kerana pelbagai soalan yang bertubi-tubi mengasak keras otakku untuk memikirkan jawapan. Akhirnya, tanpa perlu berfikir panjang, aku memilih untuk mencari ALLAH.

Apa tujuan aku hidup di muka ALLAH yang serba serbinya lengkap? Semestinya, aku ingin menyembahNYA yang MAHA ESA, mengagungkan kekuasaanNYA. Islam ini mudah, mengapalah aku tidak berfikir lagi awalnya tentang semua ini. Sekiranya aku berfikir, masalah tidak akan menjadi serumit ini. Walau apa pun, masih belum terlambat untuk mengejarnya, InsyaALLAH.

Aku percaya kepada kebahagiaan. Kebahagiaan bersama ALLAH disusuli kebahagiaan bersama hambaNYA. Sekiranya aku dapat mencapai segala kebahagiaan bersama ALLAH, kebahagiaan bersama hambaNYA menjadi milikku. InsyaALLAH.

"Terima kasih membaca"

15 comments:

  1. assalamualaikum :)

    semoga kita diberi lagi kesempatan. inshaAllah.

    ada terbaca sebuah penulisan katanya;

    manusia hari ni hidup di dunia mengejar kemewahan untuk kesenangan, tetapi sebenarnya harus mengejar kemewahan demi kesihatan agar sentiasa boleh terus ingatkan Dia. :)

    ReplyDelete
  2. s a r : niat kena diperbetulkan, barulah rezeki yang kita hadap hari-hari diberkati :)

    ReplyDelete
  3. setuju. nawaitu yang kena betul supaya keberkatan sentiasa menyelubungi kita sentiasa. inshaAllah. :)

    ReplyDelete
  4. bahagia itu perlu melalui jalan yg sukar..

    jom baca (",)
    erti qada yang sebenar

    ReplyDelete
  5. Bagus jugak kalau merasakan kiamat semakin dekat ketika yang lain menyangka kiamat masih jauh.. Ada jugak yang terlupa akan adanya kiamat..

    Mencari Allah adalah pilihan yang tepat pada setiap masa..

    ReplyDelete
  6. Apa pun belum terlambat dik... Hatta besok nak kiamat sekalipun, kalau di tangan kita ada benih, Rasulullah ajar kita untuk tanam benih tu..

    Allahualam...

    JazakaAllahu khairon kathira..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.
    mard pun percaya bahagia tu ada.
    ada d mana2.
    tinggal kita je nk lihat n jadikn perkara tu bahagia atau x.
    :)pastikan diri kamu bahagia yea.
    jgn bagi hati kita disentuh perasaan negatif
    sbb hati tu kamu y punya. bukan org lain. itu hak kamu untuk gembira.<3

    ReplyDelete
  8. Cik s a r : asbab itulah ALLAH jadikan niat untuk setiap keadaan.

    Cikgu Ma : satu dugaan untuk lebih dekat padaNYA.

    Encik Fuad : Utamakan ALLAH dahulu dalam segala hal :)

    Kak Afida : Satu kemahuan berbekalkan iman.

    Cik Mard : waalaikumussalamwarahmatullahhiwabarakatuh. Masih dalam proses pemulihan kerana kadang-kadang naluri membisikkan yang kurang baik tapi benar-benar terjadi. Waallahualambissawab...

    ReplyDelete
  9. Indahnya susunan kata. :D

    Cari kebahagiaan pada Allah. Baru kita akan bahagia juga bersama hambaNya. ;)

    ReplyDelete
  10. betul, suka jugak statement tu! boleh dibuat iktiBar. =D

    hehe semoga kecintaan akak kepada Allah akan membawa cinta akak kepada hambaNya sama-sama mencintaiNya.

    ReplyDelete
  11. InsyaAllah...keyakinan yang tinggi kepada Allah akan membuatkan kita bahagia

    ReplyDelete
  12. Penchenta : Alhamdulillah

    adik Mz Aisya : Berusahalah kita mencarinya

    Yatie Awang : Keimanan harus dipupuk sentiasa :)

    ReplyDelete
  13. Itu tandanya Allah hampir ke dalam hati kita..Sama-sama hayati nikmat bertuhan..

    ReplyDelete
  14. Selamat mencari bahagia di dunia & bahagia diakhirat....

    ReplyDelete
  15. menusuk hati : Alhamdulillah.

    Norsha : InsyaALLAH. Mudah-mudahan.

    ReplyDelete