Translate

Thursday 15 December 2011

Ganjil, rasa terasing, keseorangan melihat peredaran sekeliling merentasi masa dengan pemandangan tanah lapang dengan permaidani rumput segar membawa satu perjalanan panjang ke destinasi. Dengan tertanam dalam-dalam satu hajat sebagai tanda berusaha, dengan wang yang dikumpul diduga dengan sebuah keikhlasan sebagai keberkatan perjuangan untuk meneruskan kejayaan.

Tanpa menoleh ke belakang, dengan tekad yang luhur meneruskan walau pelbagai duri-duri tajam, selut paya yang menelan bulat-bulat tanpa mengenal mangsa.

Bercerita perihal perasaan, sebagai iringan, perasaan itu masih ada, perasaan yang sama seperti dulu, saat mengenali, izinkan menetap di hati walaupun nyata ia bukan untukku, sungguh satu kesalahan berperasaan terhadap sang pemilik orang, jujur, ia tenang tinggal di situ, terwujud ketenangan, dan prinsip hidupku mencari sebuah ketenangan bersama sang pencipta. Ingatan dan mempunyai perasaan bukan tanda memiliki tanpa lafaz yang sah. Berbalik kepada hukum.

Jika ingatanku semakin dekat dengan pencipta kerana pembantuan "dia", maka ALHAMDULILLAH. Tiada yang patut disesalkan kerana sebuah pengajaran yang ALLAH beri kepada hambaNYA. Kepercayaan kepada ALLAH atas pembahagian yang lebih baik selepasnya.

Penciptaan Nabi Adam a.s, walau baginda mempunyai iman yang kental, dekat dengan ALLAH, dihiasi dengan pelbagai nikmat, telah menjadi fitrah manusia hidup berpasangan, maka terciptalah Hawa dengan izin ALLAH. Tenanglah Nabi Adam a.s dengan kehadiran Hawa.

Permintaan pada yang MAHA ESA, agar diberikan yang lebih baik darinya, agar terhapuslah segala perasaan ini terhadapnya, telah terjadinya aku disertai fitrah.

Berbalik kepada tekad yang asal, satu usaha untuk sampai ke rumahNYA. Di sana, segala hajat akan tercapai. InsyaALLAH, moga-moga dipermudahkan jalannya.

"Terima kasih membaca"

16 comments:

  1. Nak pi umrah ka? Akak doa moga Allah permudahkan segala urusan..insyaAllah..

    Alhamdulillah..kerana dia, hati jadi makin hampir kepada DIA....

    ReplyDelete
  2. Pasang niat nak pergi haji kak :)

    ReplyDelete
  3. kalau perjalanan tanpa dugaan,maka perjalanan itu seolah tidak memberi kesan.

    ReplyDelete
  4. tertanya2 jugak, siapakah 'dia' seperti yg dinyatakan.. (",)

    Alhamdulillah, sekurang2nya kehadiran 'dia', menyebabkan ingatan semakin dekat kepadaNya..

    ReplyDelete
  5. Ghost writer : kesan yang terdalam sukar dilupakan.

    Encik Fuad : "dia" telah menjadi milik orang. InsyaALLAH, ALLAH akan berikan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah...tentu ada hikmahnya dan semoga bertemu dengan yang lebih baik

    ReplyDelete
  7. percaya dengan qada' dengan kata2 manusia, kadang2 kata-kata dunia lebih kuat terpahat dalam hati

    ReplyDelete
  8. apa apa pun Allah mendengar doa hambaNya...moga di permudahkan jalan buatmu menuju cintaNya...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    "Allah sdg merencanakan cerita cinta y lbh baik untk kamu"
    :)be strong.

    ReplyDelete
  10. Bila dia mendekatkan kita pada Allah maka beruntunglah.
    Asbab hidayat, alhamdulillah.

    Rasa itu biarkan sahaja ia.
    Kita hanya mampu memanjatkan doa.
    Diberi tenang yang dalam.
    Lenyap dalam penghambaan.

    Take care!

    ReplyDelete
  11. Cinta kepadanya ke kepadaNya?Pilihan di tangan anda.Cintainya keranaNya

    ReplyDelete
  12. Aku sukalah baca entri-entri kat sini :)

    ReplyDelete
  13. Yatie Awang: InsyaALLAH. Mudah-mudahan.

    Cikgu Ma: :)

    EL MARIACHI:InsyaALLAH.

    ukhti,mardhiah: Kuatkan iman umat seluruhnya.

    As: terasa kerdil.

    menusuk hati: Cinta kepadanya semakin mendekatkan kepadaNYA.

    EmpayarUtama: Alhamdulillah, semoga beroleh manfaat.

    ReplyDelete
  14. Semoga yang baik-baik untuk lu.
    Amin.

    ReplyDelete
  15. ALLAH is always by our sides :)

    http://nurdinaifhami.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. Bijen M. : Harap yang terbaik buat anda juga. Sama-sama beringat.

    Dina Ifhami : ALLAH is everything :))

    ReplyDelete