Translate

Sunday 13 November 2011

Dulu, jujurnya aku mencari cinta sejati sesama makhluk sebagai tuntutan. Tenyata, ianya membinasakan aku, mematikan akal dan jiwaku kepadaNYA yang satu. Keresahan tiada membawa sebarang erti  malah membawa aku hanyut jauh daripadaNYA, aku benci perasaan yang membuatkan aku semakin jauh dan jauh daripadaNYA. Aku dahagakan ketenangan. Ketenangan yang hakiki bersamaNYA. Aku memilih untuk hidup sebegini jika ini adalah salah satu jalan yang mendekatkan aku kepadaNYA.

ALLAH, aku memuji dia kerana aku kagum dengan penciptaan ALLAH yang amat luar biasa, menjadikan dia serba lengkap di mataku. Perasaanku hanyut dengan kacak wajahnya. Tapi, itu bukanlah kebahagiaan yang aku cari selama ini. Bukan impian yang aku dambakan. Perasaan itu membunuh aku dalam diam.

Aku terjaga dari mimpi setelah aku lalai dengan mimpi dunia. ALLAH, sekali lagi aku panjatkan Alhamdulillah atas semua dugaan yang menimpa membawaku bersamaMU semula. Syukran YA RABBI dengan zat yang satu.

"Terima kasih membaca"

6 comments:

  1. dunia sekadar memperdayakan dan memanipulasikan manusia yang mengejar kegembiraan, tetapi manusia yang bijaksana yang berjaya memanipulasikan dunia untuk memperoleh kejayaan di akhirat.

    ReplyDelete
  2. Akak suka gaya pemikiran adik :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.

    Semoga cikpuan sentiasa berada di kalangan yang kuat dan bertabah.

    Salam ukhuwwah.

    ReplyDelete
  4. Ashrafi: Waalaikumussalam. Mudah-mudahan.

    ReplyDelete