Translate

Sunday 13 November 2011

Hidup dengan bertunjangkan kedustaan akan kalah dengan kuasa ALLAH. Bersama dengan berkat permintaan petunjuk dariNYA memperoleh kemenangan yang diinginkan. Hari ini kau terpaksa akur denganku kerana usahamu selama ini adalah sesuatu yang sia-sia menampakkan akan segala kelemahan yang kau ada. Di dalam jiwa yang kecil terselit nurani yang boleh merasai akan keanehan yang berlaku. Agar aku tidak bertindak melulu, agar aku lebih bersabar dahulu untuk mencari kebenaran yang lurus.

Aku tahu tujuanmu adalah untuk kesukaan sementara. Kau tidak berpijak di bumi yang nyata. Kau fikir ini adalah dunia fantasi yang boleh kau reka keseluruhan cerita dan yang pasti kau adalah watak utamanya. Kau fikir semua orang akan menurut segala ceritamu. Ternyata kau silap teman. Sungguh silap tindakan melulu kau memberi peluang untuk aku masuk dalam duniamu dan membongkar segala misteri yang tersembunyi.

Rekaan setiap cerita sedikit pun tidak mahu aku mengetahuinya kerana ia membunuh setiap sifat matang dalam diri sendiri. Permulaan menjadi klimaks menunjukkan kau kurang bijak untuk mereka-reka cerita. Kau bangga dengan cerita dengan terhias indah tapi kau lupa muslihat untuk menyedapkan cerita. Seperti kau membuat jeruk tanpa gula dan garam, hambar...

Buat kali ini, syabas aku ucapkan, kecerdikan yang kau fikirkan untuk menjatuhkan aku ternyata tidak memberi apa-apa erti malah tidak menjatuhkan aku sedikitpun. Cuma aku kesian melihatmu berangan-angan atas kayangan bagaikan mat jenin menunggu pulangan untung dari apa kau kerjakan.

"Terima kasih membaca"

3 comments: