Translate

Friday 4 May 2012

Oh Sally

Sally terasa diperbodohkan, membeli kasih sayang dengan wang. Malah, tiada apa yang Sally dapat. Hanya sesuatu yang harus dipendam setiap hari. Harus menjadi pendiam. Sally gadis naive dengan kehidupannya yang saban hari mencemburui setiap gadis yang berpasangan, mempunyai baby di dalam kereta baby. Mencemburui  dan mengagumi setiap wanita yang mendapat wang dari lelaki. Sedangkan dia tidak pernah dapat, tidak pernah walau sekali pun.

Keikhlasan? Keikhlasan Sally dipertikaikan. Setiap hari wajib bekerja siang malam semata-mata untuk kejar cita-cita. Pendek kata, mak ayah Sally pun tidak sampai hati nak ambil duit Sally kerana tahu betapa susahnya Sally cari duit. Lagipun, gaji Sally kecil sahaja, tak sampai ribu raban. Kiranya, Sally ni kerja pun level buruh kasar. Tahap kemiskinan melampau, Encik Najib cakap. :)

Sally ada cakap, rasa nak lari saja dari semua kemelut ini. Mulanya, niat Sally cuma nak menolong. Maklumlah, ALLAH suka orang menolong kepada yang meminta-minta. ALLAH ada berfirman bahawa nak menolong tu kepada yang benar-benar miskin atau kaum keluarga yang meminta. Sally degil saja mengelirukan diri sendiri untuk tidak mengikut apa yang difirmankan. Lalu, Sally pun menolak tepi firman itu dan terus menolong. Akhirnya, Sally kena ikat perut hujung bulan semata-mata tak cukup wang belanja. Sally buat dhuha banyak kali minta tambah rezeki. Sebenarnya Sally ini bagus orangnya.

Kebaikan Sally dibayar dengan kesempatan. Sally, please tunjuk contoh baik agar orang tu berubah, please Sally, please. Tolonglah jadi pemurah, tolonglah.

Sally tekad dan tawakkal kalau orang yang disayangi itu nak pergi, pergilah. Sally kena kuat. Be strong !

"Terima kasih membaca"

7 comments:

  1. sabar ya sally. isk :'(

    btw, thanks komen cerita saya "ambil jantung awak dan simpan" kat s7w :)

    ReplyDelete
  2. saya suka karya awak doktor :)

    ReplyDelete
  3. Suka entry akak yg ini. :D
    Btw thanks sbb rajin singgah blog. Blog tu tkda ckp agama pun,bebel sendiri je. Hehe

    ReplyDelete
  4. Akak akan selalu singgah blog adik :)

    ReplyDelete
  5. aduhai Sally, aduhai.
    bila Sally sedar, harap tak terlambat.

    ReplyDelete
  6. Sifat manusia pelbagai. Ada masa memberontak. Tak gitu Pencari Allah ?

    ReplyDelete
  7. nveil : Sally masih dipertengahan.

    EmpayarUtama : Pemberontakan semakin hampir dengan pokok urat manusia :)

    ReplyDelete