Translate

Saturday 14 January 2012

Ucapan Assalamualaikum dari teman semuslim. Aku memandang dari cermin gelap agar tidak dilihat. Aku  menjawab salam dan meluru ke pintu. MasyaALLAH, tabligh.

Seorang lelaki di antara tiga orang itu berkata "orang laki ada?" sambil matanya memandang ke bawah. Pantas aku menjawab "kejap". Mujur waktu itu aku bertudung. Bermacam-macam dalam kepala memikirkan hanya datuk yang patut dipanggil disebabkan rajin ke surau.

Memandangkan datuk tidak ada waktu itu, maka dipanggilnya adik yang bongsu untuk meneruskan ukhuwah.
Ukhuwah dimulai dengan berjabat salam, "kami dari Pulau Pinang nak ajak sama-sama menaikkan masjid, nak ikut kami sekarang pun boleh", disambung dengan bacaan beberapa potongan hadis untuk menyokong kuat hujah sebagai jihad. Tangan mengigil malah terputus-putus bacaan sambil memejamkan mata tanda penghayatan bacaan hadis.

"Lain kali saya ikut, saya belum dapat hidayah lagi".

Tugasmu dengan ALLAH telah selesai, maka diikuti pemberian tugas kepada hamba yang lain untuk menerima atau tidak. ALLAH sebaik-baik menilai.

"Terima kasih membaca"

10 comments:

  1. assalamualaikum :)

    erm, saya paling takut kalau jumpa orang tabligh. Selalu cepat je sembunyi. ~sebab bukan saya sepatutnya yang menyambut kedatangan mereka. :D

    untungnya mereka yang sedar akan kesempatan yang Dia telah beri dan dihayati sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam, semoga ALLAH memberi hidayah kepada kita semua, jauhi dari kejahilan dan kedustaan terhadap diri sendiri. :(

      Delete
  2. masa belasan tahun dulu penah gak jumpa golongan tabligh nih.kat kampung lar masa tuh.n memang pegi pun.

    ReplyDelete
  3. aku tertarik dengan nama seabiscuit blog tuh.bila aku klik jer,ia pegi ke blog aku yg sekarang nih.

    aku terkejut sebab nama tuh adalah nama yang cukup memberi makna bagi aku .dulu dan sekarang.macam mana kamu tau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. copy url page profile encik. paste kat blog list. keluar seabiscuit's Blogs. saya suka letak blog profile sebab kat situ terus ada 4 link ke blog encik. thanks.

      Delete
  4. Bagus usaha Tabligh ni cuma (oh lupa saya selalu berpandangan sebaliknya; bertujuan menghurai kekusutan jika boleh) sebagai ketua keluarga rasanya tak elok anak isteri ditinggalkan kekadang berminggu untuk tujuan itu. Dan satu lagi tempat dituju agak jauh (sepertinya tempat sendiri atau yang berdekatan sudah lengkap hidayah dari Allah?)
    Dua ketua keluarga dari saudara terdekat saya dalam kumpulan ini oleh kerana itu saya dapat lihat perkembangan sehari-harian keluarga mereka. mana perlu didahulukan?

    Yang salah itu dari saya yea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat kerana ALLAH boleh menyelesaikan tanggungjawab :)

      Delete
  5. to empayar utama
    orang tinggai anak isteri tuk tujuan dunia boleh lak no???

    enche empayar jgn cakap cam tuh.
    enche empayar kena masuk dulu.
    selami dulu .
    okeh////

    ReplyDelete
  6. pernah dengar cerita, belum ada yg bertandang depan pintu rumah...


    **doodle akak tu, lukis ikut selera jerr...mula2 tengok tutorial, pastu godek2 sendiri...tak pandai nak ajar =)

    ReplyDelete